MENU

KLANG - Usaha murni Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam menjayakan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya meraih Anugerah Green (Green World Award).

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, lebih mengembirakan apabila majlis turut menerima Anugerah Green Apple Award.

“Anugerah Green World ini diperoleh melalui projek Go Green ECOGEN iaitu Aplikasi Digital Recycle Bank MPK.

“Tahniah dan syabas kepada kumpulan ECOGEN daripada Jabatan Perancang Bandar atas kejayaan berganda diperoleh MPK di peringkat antarabangsa yang akan berlangsung di RTA Auditorium, Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 11 Disember ini," katanya.

Beliau berkata, di Selangor MPK turut mendapat hadiah penghargaan bagi kategori Sektor Awam sempena Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 9 hingga 12 Oktober lalu.

"MPK meraih RM5,000 yang mana hadiah disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika majlis Persada Inovasi peringkat Selangor dengan kejayaan tersebut.

“Pada majlis itu juga, kita turut menerima hadiah sebagai johan kategori hybrid dengan merangkul piala pusingan dan wang tunai berjumlah RM15,000,” katanya.

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm