MENU

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 6 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menubuhkan pasukan unit khas bagi mengurus pembangunan Kompleks Sukan Pandamaran.

Yang Dipertuanya, Dato’ Yasid Bidin berkata, RM20,000 sebulan diperuntukan Pihak Berkuasa Tempatan itu bagi pembaikan struktur dan fasiliti kompleks berkenaan.

“Kita sudah mendapat keputusan daripada Majlis Sukan Negeri yang memaklumkan pengambilalihan kompleks itu akan diserahkan sepenuhnya kepada MPK.

“Justeru, MPK bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan premis berkenaan dengan mengumpulkan beberapa pegawai dan kakitangan untuk memantau operasi,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Kompleks berkenaan ditutup kepada orang ramai sejak 2016 bagi proses menaik taraf sebelum dibuka semula kepada orang awam, April lalu.

Sebelum ini, RM1 juta diperuntukan MPK bagi kerja menaik taraf premis khususnya di kawasan kolam renang.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 13 November 2018 - 9:48am