MENU

SHAH ALAM, 22 MAC: Majlis Perbandaran Klang akan menyita dan menarik semula lesen peniaga yang gagal mematuhi arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya Norfiza Mahfiz berkata tindakan agresif terpaksa diambil bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi sehingga 31 Mac ini.

“Sejak perintah kawalan dikuatkuasakan, masih ada segelintir penduduk yang tidak mengendahkannya, malah kebanyakan peniaga juga berdegil meneruskan operasi,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata sitaan akan dibuat terhadap premis tidak berlesen dan premis dibenarkan beroperasi tetapi melanggar syarat, manakala barang sitaan tidak boleh dituntut sehingga 31 Mac.

Norfiza berkata mereka perlu mendapatkan pelepasan memandangkan tiada kaunter dibuka, sementara barang mudah musnah dilupuskan selepas 24 jam.

Sumber : SelangorKini

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 25 September 2020 - 9:24pm