MENU

 

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) membenarkan 24 pasar malam dan lima pasar pagi beroperasi secara berperingkat mulai 15 Jun ini, kata pengarah komunikasi korporatnya.

Norfiza Mahfiz berkata kriteria pemilihan bagi pembukaan kedua-dua pasar tersebut adalah berdasarkan tempat yang kurang atau tiada aduan daripada orang awam dan memiliki kelengkapan logistik.

“Hari berniaga mengikut penggiliran nombor petak pertama dalam permit sama ada nombor petak ganjil atau genap. Pegawai MPK akan menentukan hari dibenarkan berniaga.

“Sebagai contoh nombor ganjil dibenarkan berniaga pada minggu pertama dan ketiga manakala minggu kedua dan keempat bagi petak nombor genap, ” katanya dalam kenyataan.

Norfiza berkata bagi pasar yang dibenarkan operasi minggu ini adalah peniaga mempunyai petak nombor ganjil dan mereka akan berniaga dari jam 5 petang hingga 10 malam (pasar malam) dan 6 hingga 11 pagi (pasar pagi).

 

           

 

Pasar malam dibenarkan beroperasi:

Isnin:-
Pasar Malam Lebuh Enggang
Pasar Malam Bunga Melor, Meru
Pasar Malam Batu 4, Kapar
Pasar Malam Kandis Permai

Selasa:-
Pasar Malam Lorong Angsa
Pasar Malam Klang Perdana, Kapar
Pasar Malam Bandar Armada Putra
Pasar Malam Penghulu Abu Bakar

Rabu:-
Pasar Malam Seri Kerayong
Pasar Malam Meru Indah
Pasar Malam Dato Dagang 40, Sentosa
Pasar Malam Johan Setia

Khamis:-
Pasar Malam Jalan Kedah
Pasar Malam Kelompok Camar
Pasar Malam Kampung Raja Uda
Pasar Malam Taman Kem

Jumaat:-
Pasar Malam Raja Mokhtar
Pasar Malam Seri Pekan
Pasar Malam Simpang 4
Pasar Malam Taman Maznah

Sabtu:-
Pasar Malam Gudang Nenas
Pasar Malam Flat Sri Bayu

Ahad:-
Pasar Malam Jalan Pengasah
Pasar Malam Taman Selatan

Pasar pagi dibenarkan beroperasi:

Setiap hari:-
Pasar Pagi Eng Ann
Pasar Pagi Batu Nilam 27, Bukit Tinggi

Sabtu:-
Khamis Pasar Pagi Dato Tahir (18 Jun)
Pasar Pagi Khoo Kek Keng (20 Jun)

Ahad:-
Pasar Pagi Andalas (21 Jun)

Semua peniaga dan pengunjung diwajibkan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) pematuhan pasar malam / pasar pagi seperti:-

1.  Memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman
2.  Menjaga penjarakan sosial
3.  Peniaga dan pembeli yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah celcius dilarang sama sekali memasuki tapak pasar malam / pasar pagi.
4.  Hanya dua orang satu keluarga sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa
5.  Jumlah peniaga termasuk pembantu terhad kepada tiga orang sahaja
6.  Peniaga dilarang menggunakan khidmat warganegara asing dalam aktiviti perniagaan
7.  Pengunjung mesti berumur 13 tahun ke atas
8.  Laluan keluar masuk akan disusun mengikut kedudukan tapak lokasi dan tidak terhad kepada satu laluan keluar masuk sahaja
9.  Merekod kedatangan pengunjung
10. Memasti dan menjaga kebersihan diri dan tapak gerai dalam keadaan bersih sepanjang masa.
11. Mematuhi syarat pelesenan lain MPK

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-33755555 (sambungan 8307) beroperasi Isnin hingga Jumaat.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini