MENU

 

SHAH ALAM, 22 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan individu yang keluar membeli barangan keperluan tidak menyentuh ahli keluarga selepas pulang.

Berkongsi tips di Twitter, KKM memaklumkan individu tersebut perlu meletakkan penutup hidung dan mulut yang digunakan ke dalam plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

“Kemudian buka pakaian dan rendam menggunakan sabun. Anda juga perlu mandi. Gunakan sabun dan jangan lupa cuci muka dan tangan.

“Setelah semuanya selesai barulah boleh bertemu ahli keluarga,” kata KKM.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari, hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar dari rumah sekiranya ada keperluan membeli barangan atau mendapatkan ubat-ubatan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mereka yang terpaksa keluar rumah untuk urusan penting lebih daripada seorang, perlu memberi penjelasan kepada polis.

Sumber : SelangorKini