MENU

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 4 JUL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) proaktif meningkatkan usaha dakwah melalui Kempen 8 To 8 bagi menggalakkan masyarakat muslim Selangor memulakan caruman zakat serendah RM8 sebulan.

Mengetengahkan tema ‘Berbahagia Dengan Memberi’, kempen yang digerakkan menerusi Skim Berkat itu bertujuan menggalakkan individu layak berzakat memulakan zakat dengan menyantuni lapan golongan asnaf berhak.

LZS menerusi laman facebooknya turut mengalu-alukan undangan syarikat berminat untuk pihaknya memberi penerangan berkaitan Skim Berkat dan sebarang informasi agihan zakat.

Mereka berminat boleh menghubungi LZS di talian 019-388 0591 atau 019-388 0573.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen 8 To 8, sila layari :
http://www.zakatselangor.com.my/kempen8to8/

JOM! MULA caruman zakat anda di link berikut :
https://espg.zakatselangor.com.my/

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 21 September 2018 - 4:17pm