MENU

SHAH ALAM 2 OKT: Sebanyak 22 jalan ditutup esok (3 Oktober) bagi memberi laluan kepada perlumbaan berbasikal lebuh raya Jelajah Malaysia 2017.

Penutupan jalan melibatkan tiga zon iaitu Zon A, Zon B dan Zon C bermula kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, perlumbaan basikal bermula di Ibu Pejabat UMW Toyota, Seksyen 15 di sini.

Katanya, laluan Zon A melibatkan jalan di Persiaran Selangor, Bulatan Selangor, Bulatan Sejahtera, Persiaran Tengku Ampuan, Bulatan Melawati, Persiaran Kayangan, Bulatan Kayangan, Persiaran Hishamuddin dan Bulatan Stadium.

“Sementara, Zon B pula, di sekitar Bulatan Sukan, persimpangan Tesco Extra, persimpangan Pasar Tani, persimpangan hadapan Wisma Rozali, Jalan Subang, Persiaran Gerbang Utama Seksyen U8, Bulatan Persiaran Gerbang Utama Seksyen U8, Jalan Balairong U8, simpang Jalan Lelangit U8.

“Bagi Zon C, tiga laluan akan ditutup melibatkan Persiaran Gerbang Utama, Jalan Jendela U8/20, dan Persiaran Mokhtar Dahari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shafien berkata, semua laluan itu mula dibuka kepada semua lalu lintas bermula jam 10.30 pagi secara berperingkat iaitu selepas motosikal polis yang menggunakan bendera hijau melepasi laluan-lauan berkenaan.

“Seramai 121 pegawai dan anggota polis akan terlibat bagi mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta sepanjang kejohanan ini berlangsung.

“Oleh itu, kita menasihatkan kepada orang ramai supaya mengelak laluan tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang kejohanan berlangsung,” katanya.

=EZY=

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017 - 1:03pm