MENU


Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam melakukan ujian saringan suhu badan kepada pengunjung Pasar Seksyen 6, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

SHAH ALAM, 11 APRIL: Warga Selangor dituntut patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19, tegas Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menerusi Twitter STFC, sebanyak enam daripada sembilan daerah di negeri ini masih dikategorikan zon merah.

“Selain pelaksanaan saringan besar-besaran di Hulu Selangor, patuh PKP juga adalah sangat dituntut dari warga Selangor. Terus disiplin dan jangan ambil mudah!,” katanya.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Bilik Gerakan Covid-19 Selangor sehingga jam 7 malam tadi, Hulu Langat merekodkan 9 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 382 kes, Petaling 7 (338), Klang 9 (163), Gombak 3 (124), Sepang 2 (56), Hulu Selangor 1 (43), Kuala Selangor 1 (29), Kuala Langat 2 (26) dan Sabak Bernam 1 (19).

Sumber : SelangorKini