MENU

SHAH ALAM, 10 APRIL: Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

Bekas ketua kluster pembangunan pengurusan dan inovasi Institut Tadbiran Awam Negara itu menggantikan Dato’ Mohamad Yasid Bidin yang dipindahkan pertengahan November 2019, lapor The Star.

Semasa mengadakan lawatan rasmi ke MPK semalam, beliau mengedarkan topeng muka dan barang keperluan asas kepada ahli majlis dan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam MPK di Dewan Hamzah.

Ahmad Fadzli turut bertemu dengan ketua jabatan dan diberi taklimat berhubung situasi semasa Covid-19, termasuk peranan dimainkan pihak berkuasa tempatan itu memerangi wabak berkenaan.

Berdasarkan data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis negeri setakat 9 malam tadi, Klang mencatatkan kenaikan 10 kes baharu, menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 146.

Sumber : SelangorKini