MENU

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 JUL: Selangor merekodkan penurunan kadar kematian kes denggi bagi Kumulatif Minggu Epid 28 bagi tahun 2018 dengan 17 kematian berbanding 51 kematian untuk tempoh sama pada 2017.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, berdasarkan kumulatif kes bagi tempoh sama, tahun 2018 turut merekodkan penurunan dengan 21,648 kes berbanding 30,485 bagi tahun 2017.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) memaklumkan mereka sudah mengutip sampah mengikut jadual ditetapkan.

“Longgokan sampah haram ini menjadi punca kepada peningkatan kes denggi selain kawasan kebun komuniti dan rumah tinggal di kawasan berstrata,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Daerah Klang merekodkan peningkatan dengan 5,816 kes berbanding 5,054 bagi tempoh sama pada 2017 diikuti Petaling dan Gombak.

Manakala Daerah Hulu Langat merekodkan penurunan kes dari 9,392 pada 2017 berbanding 3,477 pada 2018.

Menurutnya, orang awam dinasihatkan untuk memantau kebersihan di kawasan sekitar khususnya bekas takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.