MENU

SHAH ALAM, 22 MAC: Empat daerah di Selangor direkodkan sebagai kawasan yang mencatatkan jumlah kes Covid-19 tertinggi dalam negara, sehingga 12 tengah hari semalam.

Kawasan itu ialah Petaling Jaya (96 kes), Hulu Langat (75), Gombak (38) dan Klang (23).

Berdasarkan taburan kes dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, Kuala Selangor mencatatkan 17 kes, Sepang (8), Kuala Langat (8) dan Hulu Selangor (3).

Sementara itu, di Kuala Lumpur, kawasan Lembah Pantai mencatatkan 90 kes, Titiwangsa (41) dan Kepong (24), manakala di Johor Bahru (52) dan Seremban (42).

Sebanyak tujuh lagi kawasan merekodkan antara 20 hingga 34 kes iaitu Pulau Pinang (34), Kota Bharu (29), Kluang (26), Kinta (21), Batu Pahat dan Kuala Muda masing-masing 23 kes.

Bagi Sabah dan Sarawak, sebanyak tiga daerah mencatatkan kes melebihi 20 iaitu Tawau (37), Lahad Datu (32) dan Kuching (30).

Setakat ini, sebanyak 1,183 kes dicatatkan di seluruh negara, dengan 153 kes baharu, dan 114 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Pada masa sama, sebanyak lapan kematian direkodkan akibat Covid-19 di negara ini.

Sumber : SelangorKini

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 25 September 2020 - 9:24pm