MENU

KLANG 7 NOV: Banjir kilat setinggi hampir satu meter menyebabkan kesesakan luar biasa beberapa kawasan Klang pagi ini ekoran beberapa jalan terpaksa ditutup.

Ketua Trafik Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad, berkata beberapa lokasi di sekitar Klang dinaiki air termasuk persimpangan lampu isyarat antara Lebuhraya Shapadu / Lebuhraya Persekutuan; Jalan Sungai Rasau dan Jalan Meru menyebabkan beberapa jalan ditutup.

Katanya, antara jalan ditutup adalah susur dari Plaza Tol Sungai Rasau ke persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Shapadu; Jalan Sungai Rasau; KM 3.5 Lebuhraya Shapadu menghala Shah Alam dan Jalan Rajawali di Klang.

“Banjir ini menyebabkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Shapadu dari plaza Tol di Bukit Raja hingga ke persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Shapadu / Lebuhraya Persekutuan; Persiaran Sultan Ibrahim; Jalan Meru dan Jalan Meru dan KM 3.5 Lebuhraya Shapadu menghala ke Shah Alam.

“Laluan ke Lebuhraya Shapadu dari Persiaran Sultan Ibrahim ditutup sepenuhnya selepas dinaiki air,” katanya.

INFO: 10.31am PLUS@FHR2:Status banjir:

Laluan dr Klang-Bkt Raja,1 lorong telah dibuka.
Laluan dr Tol Sg Rasau-Ic Sg Rasau telah dibuka sepenuhnya

9.35am PLUS@FHR2, Laluan di persimpangan PLUS/NNKSB (Ic Sg Rasau) masih ditutup sementara waktu ekoran kejadian banjir.

0930hrs Status banjir di NKSB laluan dari Klang-Shahpadu,Shahpadu – Sg Rasau & Tol Sg Rasau-Shahpadu ditutup. Trafik masih sesak.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm