MENU

HAH ALAM, 9 JUN: Keberkatan Ramadan terus dimanfaat Kerajaan Negeri dengan meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam satu acara khas di Wisma PKPS, di sini, semalam.

Majlis Iftar Ramadhan Dan Tautan Kasih Anak Yatim Dan Ibu Tunggal turut meraikan golongan berkenaan dengan pelbagai aktiviti sukaneka indoor, permainan televisyen 3D, persembahan badut selain sumbangan duit raya dan cenderamata.

Mereka juga turut diraikan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid UNIC juga tazkirah Ramadhan yang disampaikan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Majlis disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

”Alhamdulillah keceriaan terpancar di wajah mereka terutamanya anak-anak yatim apabila pelbagai aktiviti menarik.

”Terima kasih Selgate Corporation atas sumbangan duit raya dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abd Rani Osman kerana turut hadir meraikan,” katanya.

IFTAR PKPS (2)

IFTAR PKPS (3)

IFTAR PKPS (4)

IFTAR PKPS (5)

IFTAR PKPS (1)

 

Sumber: Selangorkini