MENU

SHAH ALAM, 4 NOV: Jentera pembersih sampah yang memulakan operasinya di Sungai Klang mampu mengutip 100,000 kilogram (kg) sampah setiap sehari.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jentera Interceptor 002 keluaran syarikat The Ocean Cleanup itu memulakan oerasinya sejak Ogos lalu.

“Jentera yang dibina dengan kos 700,000 Euro ini menggunakan kuasa bateri solar.

“Operasi pembersihan ini dilakukan secara percuma selama setahun dengan kerjasama anak syarikat Kerjaan Negeri Landasan Lumayan Sdn Bhd,” katanya pada sidang media di Lobi Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG), Raja Shahreen Raja Othman; Duta Negara Belanda, Aart Jacobi; Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Cleanup, Boyan Slat dan Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd, Syaiful Azmen Nordin.

Dalam perkembangan sama, Syaiful Azmen berkata, sehingga kini jentera berkenaan berjaya membersihkan sebanyak 1,200 hingga 1,500kg sampah sehari pada peringkat awal sebelum berkurangan kepada 800 hingga 900kg sehari pada bulan berikutnya.

Katanya, pengurangan itu menunjukkan sampah di Sungai Klang semakin berkurangan.

Sementara itu, Jacobi berkata, projek ini merupakan satu-satunya kerjasama seumpama ini dijalankan membabitkan syarikat Selangor dan syarikat Belanda.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am