MENU

Emel Bahagian : aduan.integriti@mpklang.gov.my

Ketua Bahagian : Cik Siti Samiha Binti Samion
Emel Ketua Bahagian : samiha.samion@mpklang.gov.my

1.0   Fungsi Unit Integriti
 

Unit Integriti Majlis Perbandaran Klang  secara rasminya telah ditubuhkan pada 01 Januari 2018 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 mengenai Penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam. Objektif penubuhan unit integriti adalah :

  • Memastikan Tadbir Urus dilaksanakan secara efektif.

  • Memastikan pelaksanaan nilai-nilai integriti dalam organisasi selaras dengan Pelan Integriti Nasional dan Pelan Integriti Majlis Perbandaran Klang.

  • Memastikan prosedur tatatertib dilaksanakan dengan telus selaras dengan Kaedah-kaedah Pekerja (Perlakuan Dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Klang 1995.

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Klang beroperasi di Aras 6, Bangunan Sultan Alam Shah, Majlis Perbandaran Klang  dan dibahagikan kepada dua (2) seksyen yang menjalankan fungsi masing-masing adalah seperti berikut:

  • Tadbir Urus, Pengesanan Dan Pengesahan serta Pengurusan Aduan.

  • Pematuhan, Pengukuhan Integriti dan Tatatertib.