MENU

ydp

PERUTUSAN

DATO' YANG DIPERTUA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Pertamanya marilah kita memanjatkan mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala limpah nikmat dan kurnia-Nya yang memberi ruang dan peluang bagi kita warga kerja Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk terus menabur bakti dengan diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab bagi memastikan MPK dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan ‘stakeholder’. Semoga ia dapat meletakkan nama MPK sebagai sebuah PBT yang terunggul bukan hanya di Negeri Selangor malah di Malaysia hinggalah peringkat antarabangsa.

Saya mengucapkan Selamat Datang kepada para pengunjung ke Laman Sesawang  Majlis Perbandaran Klang (MPK). Dengan adanya Laman Sesawang MPK ini diharapkan dapat membantu pengunjung untuk mendapatkan maklumat / informasi khususnya berkaitan Majlis Perbandaran Klang dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MPK. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini. Pelanggan sentiasa mahukan perkhidmatan yang terkini, menjimatkan masa, mudah capai dan sebagainya. Oleh itu, lawan sesawang Majlis menyediakan pelbagai bentuk pencapaian dan perkhidmatan khusus untuk para pelanggan. Antaranya e-Aduan, e-Sewa, e-Cukai, e-Borang, e-Perbankan dan e-Portal. Perkhidmatan yang disediakan ini dapat menjimatkan masa pelanggan dan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa terhad iaitu tidak hanya pada waktu pejabat sahaja.

Tahniah kepada semua warga kerja Jabatan Teknologi Maklumat khususnya dan juga kepada seluruh warga Kerja Majlis yang telah banyak memberikan kerjasama dan sokongan dengan memberikan inpu-input/maklumat kepada laman sesawang Majlis bagi menyampaikan informasi yang bermanfaat berkenaan Klang amnya dan pengurusan pentadbiran khususnya kepada para pelanggan Majlis. Syabas di atas semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh seluruh warga kerja Majlis.

Saya yakin dan percaya melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh seluruh warga kerja MPK, Majlis akan dapat mencapai pencapaian yang lebih cemerlang secara berterusan dan dapat meningkatkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan Majlis yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

Akhir kata, saya berharap Laman Sesawang MPK ini dapat menjadi platform kepada para pelanggan MPK dan warga Klang khususnya serta kepada penduduk luar Klang amnya untuk mengakses pelbagai info / maklumat berkenaan dengan majlis dan Klang. Diharapkan juga agar warga kerja MPK dapat memberikan sokongan dan bekerja sebagai satu pasukan dan meletakkan MPK sebagai PBT yang cemerlang di mata masyakarat Klang khususnya.

Sekian, terima kasih.

 

DATO' HAJI MOHAMAD YASID BIN BIDIN DSIS, AMS

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Klang

**Tarikh pengemaskini : 15 Februari 2019

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 November 2019 - 5:00pm