MENU

4.0  Piagam Pelanggan Jabatan Undang-Undang

Kami sebagai kakitangan Jabatan Undang-Undang Majlis Perbandaran Klang akan memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap, amanah dan berkualiti dalam melaksanakan fungsi-fungsi jabatan dan ke arah menjadikan Majlis Perbandaran Klang sebagai sebuah organisasi yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, kami berjanji untuk: -

  • Memberikan maklumat perundangan yang tepat;

  • Memberikan nasihat dan pandangan perundangan kepada jabatan-jabatan dalaman Majlis Perbandaran Klang, agensi-agensi luar dan orang awam dengan kadar segera;

  • Menjamin kadar bagi kompaun yang diberikan adalah munasabah dan adil;

  • Memastikan setiap dokumen perundangan dan dokumen berkaitan kes-kes mahkamah yang melibatkan Majlis Perbandaran Klang disimpan dalam keadaan selamat dan diklasifikasikan sebagai “sulit” bagi mengelakkan kebocoran maklumat sulit dan melindungi kerahsiaan dokumen;

  • Memastikan tindakan litigasi sivil oleh dan/atau terhadap pihak Majlis Perbandaran Klang dikendalikan oleh Panel Peguam yang mahir dan berpengalaman khususnya dalam perundangan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133];

  • Memastikan imej Majlis Perbandaran Klang dan kepentingan awam terpelihara dalam setiap proses kerja jabatan ini; dan

  • Menjalankan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kes supaya ‘win-win situation’ dan penyelesaian di luar mahkamah dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak dan secara tidak langsung memastikan pengurangan kos di pihak Majlis Perbandaran Klang.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 November 2019 - 5:00pm