MENU

2.0  Objektif Jabatan Undang-Undang

Jabatan Undang-Undang adalah jabatan dalaman Majlis Perbandaran Klang yang bertanggungjawab memberikan nasihat perundangan, menggubal dan membentangkan undang-undang kecil kepada Majlis di samping menguatkuasakan dan memastikan pematuhan terhadap setiap aspek perundangan oleh kakitangan Majlis.

3.0  Fungsi Jabatan Undang-Undang

  • Memberikan nasihat dan perkhidmatan perundangan kepada Jabatan dalaman supaya setiap tindakan yang dijalankan tidak “ultra vires” dan sah daripada segala aspek perundangan di mana khidmat nasihat adalah merangkumi proses seperti berikut: -
  • Menerima fakta-fakta yang berkaitan daripada Majlis atau Jabatan dalaman yang memerlukan khidmat nasihat perundangan;
  • Memberi khidmat nasihat berdasarkan peruntukan undang-undang.
  • Bertanggungjawab menyediakan, menggubal dan menyemak draf Undang-Undang Kecil, Perintah serta Kaedah;
  • Semakan akhir Undang-Undang Kecil, Perintah dan Kaedah akan dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor untuk semakan.
  • Sebarang semakan yang telah diakui oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor akan diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) untuk disahkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi pewartaan sebelum dikemukakan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk cetakan warta.
  • Menyediakan dan menyemak draf pelbagai perjanjian dan ‘legal notice’ yang diperlukan di mana semakan perjanjian akan mengambilkira kepentingan Majlis dan memastikan setiap klausa di dalam perjanjian adalah berdasarkan peruntukan undang-undang dan prinsip am perjanjian.
  • Semakan juga bagi memastikan setiap perjanjian yang dimeterai adalah sah di sisi undang-undang serta boleh digunapakai sekiranya perjanjian dijadikan dokumen pembuktian semasa tindakan perundangan difailkan oleh pihak Majlis atau dikenakan terhadap Majlis.
  • Mengurus saman, borang pengaduan serta pertuduhan bagi pendaftaran kes pendakwaan ke Mahkamah melalui Sistem e-Kompaun iaitu sistem yang digunapakai di peringkat Majlis dan Sistem e-Kehakiman iaitu sistem yang digunapakai di peringkat Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa pada
  • Menguruskan sebarang tindakan sivil yang difailkan oleh pihak Majlis atau dikenakan terhadap pihak Majlis bersama panel peguam Majlis yang merangkumi semakan saman kes, perbincangan dan arahan kepada Panel Peguam serta membekalkan sebarang maklumat-maklumat yang diperlukan oleh Panel Peguam untuk tujuan pemfailan kes di mahkamah.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 September 2019 - 2:50pm