MENU

Emel Jabatan : undang@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan :  Puan Zulina Binti Yahya
Emel Ketua Jabatan : zulina.yahya@mpklang.gov.my

1.0  Pengenalan

Jabatan Undang-Undang dahulunya merupakan Bahagian Undang-Undang di bawah Jabatan Pentadbiran. Pada tahun 1989, Bahagian Undang-Undang telah digabungkan dengan Bahagian Penguatkuasa dan menjadi sebuah Jabatan dan dikenali sebagai Jabatan Undang-Undang serta telah ditempatkan di Bangunan Sultan Suleiman, Jalan Stesen, Klang

Pada tahun 1989, Jabatan Undang-Undang diketuai oleh seorang Pegawai Undang-Undang dan disokong oleh 126 kakitangan sehingga penghujung tahun 2001.

Pada bulan Januari 2002, Jabatan Undang-Undang telah diasingkan kepada dua (2) bahagian iaitu satu bahagian sebagai Pejabat Penasihat Undang-Undang diletakkan di bawah Pejabat Yang Dipertua manakala Bahagian Penguatkuasaan diletakkan di bawah Jabatan Khidmat Pengurusan.

Pada September 2002, lokasi Pejabat Penasihat Undang-Undang telah dipindahkan ke Tingkat 6, Menara A & M, Garden Business Centre, No. 4, Jalan Istana, 41000 Klang.

Pada April 2008, Pejabat Penasihat Undang-Undang telah ditukar kepada Jabatan Undang-Undang dan kekal sehingga kini dengan diterajui oleh Pengarah Undang-Undang dengan dibantu oleh 5 Pegawai Undang-Undang dan 5 Penolong Pegawai Undang-Undang serta 34 orang kakitangan.

Pada Oktober 2008, Jabatan Undang-Undang telah ditempatkan di Tingkat 2, Bangunan Pejabat Cawangan MPK, Lot 175, Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang pada bulan Oktober 2008 sehingga kini dan telah mempunyai kakitangan seramai 46 orang yang terdiri daripada: -

  • Seorang Pengarah Undang-Undang (L52);

  • Seorang Timbalan Pengarah Undang-Undang (L44);

  • Empat (4) Pegawai Undang-Undang (L41);

  • Seorang Penolong Pegawai Undang-Undang Kanan (L32);

  • Empat (4) Penolong Pegawai Undang-Undang (L29);

  • Seorang Pembantu Tadbir Kanan (N26);

  • Seorang Pembantu Tadbir Kanan (N22);

  • Seorang Pembantu Tadbir (N22);

  • Seorang Pembantu Penguatkuasa (KP22);

  • Enam Belas (16) Pembantu Tadbir (N19);

  • Enam (6) Pembantu Tadbir (Bailif) (N19);

  • Empat (4) Pembantu Penguatkuasa (KP19);

  • Empat (4) Pembantu Operasi (Bailif) (N11);

  • Seorang Pembantu Operasi (N11); dan

  • Seorang Pemandu (H11).
     

Maklumat Bahagian

1. Bahagian Pentadbiran

  • Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat menyurat dalaman dan luaran.
  • Menguruskan belanjawan dan vot Jabatan.
  • Mengawal penerimaan dan pengeluaran wang runcit.
  • Menguruskan cuti kakitangan.
  • Menguruskan penerimaan / pembelian pesanan tempatan.
  • Menguruskan kedatangan kakitangan.
  • Menguruskan rekod dan fail.
  • Menguruskan permohonan elaun lebih masa dan perbatuan.
  • Menguruskan fail-fail mesyuarat.
  • Menguruskan aset Jabatan.
     

2. Bahagian Khidmat Nasihat Dan Perundangan

         (a) Gubalan, Penyelidikan Maklumat dan Latihan

  • Menggubal dan meminda undang-undang subsidiari yang digunapakai oleh Majlis.
  • Menjalankan tugas-tugas Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berkaitan isu-isu perundangan dari semasa ke semasa.
  • Mengadakan latihan atau taklimat berkaitan perundangan yang digunapakai oleh Majlis kepada semua kakitangan.

        (b) Sewa dan Sivil

  • Menguruskan dokumentasi tuntutan tunggakan sewa daripada Jabatan Kewangan.
  • Menguruskan lantikan panel peguam.
  • Memulakan atau membela sesuatu tuntutan sivil/ arbitrasi/ tribunal terhadap Majlis.
  • Menghubungi dan mengadakan perbincangan serta membuat penyelidikan kes dengan panel peguam bagi memantau kes-kes sivil.
  • Menyediakan dokumentasi bagi penyediaan kes-kes sivil / arbitrasi.
  • Mengemukakan tuntutan di mahkamah melalui panel peguam.
  • Penyediaan saksi-saksi.
  • Menjalankan penyelidikan kes.
  • Menjalankan pemantauan kes.
  • Menerima dan menguruskan rayuan bayaran ansuran bagi kes tunggakan sewa.

(c) Cukai Taksir

  • Menguruskan tuntutan cukai taksir bagi pegangan kosong.
  • Menjalankan penyitaan pegangan kosong bagi cukai-cukai yang tidak berbayar.
  • Mengemukakan tuntutan tunggakan cukai melalui prosiding lelongan oleh bank (pihak ketiga).
  • Mengemukakan tuntutan tunggakan cukai taksir kepada Mahkamah Tinggi untuk Perintah Jualan bagi pegangan kosong

(d)  Kontrak dan Perjanjian

  • Mengendalikan urusan penyempurnaan kontrak dan perjanjian daripada Jabatan berkaitan.
  • Menyediakan draf perjanjian.
  • Menguruskan duti setem/pengecualian dan penyeteman di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
     

3. Bahagian Pendakwaan (Unit Pendakwaan Trafik Dan Bukan Trafik)

  • Urusan Pengeluaran Notis Peringatan.
  • Urusan memulakan tindakan pendakwaan:
    • Semakan Kertas Siasatan.
    • Penyediaan Borang Pengaduan.
    • Penyediaan mendapatkan izin pendakwaan.
    • Pendaftaran Kertas Pertuduhan dan Saman.
    • Menjalankan tindakan pendakwaan di Mahkamah.
  • Urusan permohonan rayuan kompaun:
    • Rayuan di kaunter
    • Rayuan melalui surat/ emel/ telefon dan lain-lain
       

2.0  Objektif Jabatan Undang-Undang

Jabatan Undang-Undang adalah jabatan dalaman Majlis Perbandaran Klang yang bertanggungjawab memberikan nasihat perundangan, menggubal dan membentangkan undang-undang kecil kepada Majlis di samping menguatkuasakan dan memastikan pematuhan terhadap setiap aspek perundangan oleh kakitangan Majlis.
 

3.0  Fungsi Jabatan Undang-Undang

  • Memberikan nasihat dan perkhidmatan perundangan kepada Jabatan dalaman supaya setiap tindakan yang dijalankan tidak “ultra vires” dan sah daripada segala aspek perundangan di mana khidmat nasihat adalah merangkumi proses seperti berikut: -
    • Menerima fakta-fakta yang berkaitan daripada Majlis atau Jabatan dalaman yang memerlukan khidmat nasihat perundangan;
    • Memberi khidmat nasihat berdasarkan peruntukan undang-undang.
    • Bertanggungjawab menyediakan, menggubal dan menyemak draf Undang-Undang Kecil, Perintah serta Kaedah;
    • Semakan akhir Undang-Undang Kecil, Perintah dan Kaedah akan dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor untuk semakan.
    • Sebarang semakan yang telah diakui oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor akan diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) untuk disahkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi pewartaan sebelum dikemukakan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk cetakan warta.
  • Menyediakan dan menyemak draf pelbagai perjanjian dan ‘legal notice’ yang diperlukan di mana semakan perjanjian akan mengambilkira kepentingan Majlis dan memastikan setiap klausa di dalam perjanjian adalah berdasarkan peruntukan undang-undang dan prinsip am perjanjian.
  • Semakan juga bagi memastikan setiap perjanjian yang dimeterai adalah sah di sisi undang-undang serta boleh digunapakai sekiranya perjanjian dijadikan dokumen pembuktian semasa tindakan perundangan difailkan oleh pihak Majlis atau dikenakan terhadap Majlis.
  • Mengurus saman, borang pengaduan serta pertuduhan bagi pendaftaran kes pendakwaan ke Mahkamah melalui Sistem e-Kompaun iaitu sistem yang digunapakai di peringkat Majlis dan Sistem e-Kehakiman iaitu sistem yang digunapakai di peringkat Kerajaan Persekutuan.
  • Menguruskan sebarang tindakan sivil yang difailkan oleh pihak Majlis atau dikenakan terhadap pihak Majlis bersama panel peguam Majlis yang merangkumi semakan saman kes, perbincangan dan arahan kepada Panel Peguam serta membekalkan sebarang maklumat-maklumat yang diperlukan oleh Panel Peguam untuk tujuan pemfailan kes di mahkamah.
     

Strategi Jabatan Undang-Undang

  • Mendidik kakitangan Majlis secara khususnya dan orang awam secara amnya supaya pematuhan undang-undang dijalankan dengan berkesan melalui beberapa tindakan yang merangkumi: -

    • Menggubal dan/atau meminda Undang-Undang Kecil Majlis bagi mengikut kesesuaian perubahan arahan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau polisi pentadbiran Majlis dari semasa ke semasa.
    • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan tanpa sebarang campur tangan mana-mana badan politik bagi memastikan tindakan dapat dijalankan dengan adil dan saksama.
    • Memastikan pengurangan kompaun dibuat dengan pertimbangan yang wajar, adil dan munasabah bersesuaian dengan alasan-alasan keadaan Orang Kena Kompaun (OKK).
    • Menjalankan aktiviti-aktiviti dan taklimat yang berkaitan dengan isu-isu perundangan, pendakwaan serta penguatkuasaan.
       

4.0  Piagam Pelanggan Jabatan Undang-Undang

Kami sebagai kakitangan Jabatan Undang-Undang Majlis Perbandaran Klang akan memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap, amanah dan berkualiti dalam melaksanakan fungsi-fungsi jabatan dan ke arah menjadikan Majlis Perbandaran Klang sebagai sebuah organisasi yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, kami berjanji untuk: -

  • Memberikan maklumat perundangan yang tepat;

  • Memberikan nasihat dan pandangan perundangan kepada jabatan-jabatan dalaman Majlis Perbandaran Klang, agensi-agensi luar dan orang awam dengan kadar segera;

  • Menjamin kadar bagi kompaun yang diberikan adalah munasabah dan adil;

  • Memastikan setiap dokumen perundangan dan dokumen berkaitan kes-kes mahkamah yang melibatkan Majlis Perbandaran Klang disimpan dalam keadaan selamat dan diklasifikasikan sebagai “sulit” bagi mengelakkan kebocoran maklumat sulit dan melindungi kerahsiaan dokumen;

  • Memastikan tindakan litigasi sivil oleh dan/atau terhadap pihak Majlis Perbandaran Klang dikendalikan oleh Panel Peguam yang mahir dan berpengalaman khususnya dalam perundangan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133];

  • Memastikan imej Majlis Perbandaran Klang dan kepentingan awam terpelihara dalam setiap proses kerja jabatan ini; dan

  • Menjalankan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kes supaya ‘win-win situation’ dan penyelesaian di luar mahkamah dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak dan secara tidak langsung memastikan pengurangan kos di pihak Majlis Perbandaran Klang.
     

5.0  Direktori Kakitangan
 

6.0  Carta Organisasi 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Januari 2021 - 11:09pm