MENU

4.4 Bahagian Pengurusan Sistem Aplikasi Dan Perisian

  • Mengkaji keperluan aplikasi dan perisian Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan sistem Aplikasi Intranet dan Automasi Pejabat kepada jabatan-jabatan di Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan Aplikasi berasaskan web dan portal Aplikasi Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyelaras keperluan integrasi sistem aplikasi antara jabatan yang telah atau sedang dibangunkan di Majlis Perbandaran Klang.
  • Memberikan khidmat rundingan aplikasi kepada jabatan di Majlis Perbandaran Klang.
  • Memberi khidmat sokongan dan latihan kepada pengguna sistem.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual sistem-sistem aplikasi yang telah diguna pakai di Majlis Perbandaran Klang.
  • Melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan sistem-sistem aplikasi untuk keperluan semasa atau akan datang.
  • Menyediakan dan menguruskan perisian/sistem pejabat mengikut keperluan kepada kakitangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan lesen-lesen perisian/sistem Pejabat Majlis Perbandaran Klang.

4.5 Bahagian Pengurusan Multimedia Dan Pendidikan ICT

  • Menguruskan pembangunan dan pengemaskinian Laman Web Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan maklumat-maklumat jabatan untuk hebahan di kiosk maklumat Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan kiosk dan Media ICT untuk paparan maklumat-maklumat jabatan di Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan bahan rujukan/bacaan ICT untuk sumber rujukan kakitangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan pengumpulan pekeliling dan peraturan ICT untuk rujukan kakitangan Majlis Perbandaran klang dan orang awam.
  • Menyediakan Manual Pengguna untuk sistem dan pengoperasian ICT di Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan latihan-latihan dan program ICT untuk mendidik dan meningkatkan kemahiran ICT kakitangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan Pusat latihan ICT untuk kakitangan dan Ahli PLICT.
  • Menyediakan perkhidmatan ICT kepada orang awam melalui latihan-latihan dan kemudahan-kemudahan ICT.
  • Menyediakan Maklumat Kepuasan Pelanggan perkhidmatan ICT Majlis Perbandaran Klang.

4.6 Bahagian Pengurusan Keselamatan Dan Intergriti ICT

  • Menyediakan dan melaksanakan garis panduan dan polisi keselamatan ICT untuk kakitangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan program kesedaran dan keselamatan ICT untuk kakitangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Menjalankan kerja-kerja analisis bagi risiko keselamatan ICT Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan keselamatan perkakasan, perisian dan Rangkaian komputer Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan ID keselamatan kakitangan dan pelanggan/pelawat Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan perkhidmatan backup dan Sistem "recovery" untuk server dan Sistem Aplikasi Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan keselamatan data-data dan media backup sistem majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan perisian tampalan untuk Pusat Data Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan pencegahan dan pembaikan bagi serangan virus dan ancaman lain melalui pemasangan perisian keselamatan dan PC Cleaning
  • Menguruskan keselamatan penggunaan perisian/sistem melalui penyediaan lesen-lesen pengguna di Majlis Perbandaran Klang.

5.0  Direktori Kakitangan

6.0  Carta Organisasi

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am