MENU

4.0  Fungsi

Fungsi jabatan mengikut bahagian adalah seperti berikut :

4.1 Bahagian Perkhidmatan Dan Dokumentasi ICT

  • Menguruskan Aset ICT, rekod-rekod stor pejabat, inventori dan pelupusan.
  • Menyediakan pesanan tempatan bagi perolehan ICT dan pesanan tempatan untuk perkhidmatan dan penyelenggaraan infrasturktur ICT Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan perolehan dan perkhidmatan melalui sebutharga/tender untuk keperluan jabatan-jabatan di Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan kertaskerja, manual pengguna dan dokumen ISO jabatan mengikut prosedur ISO Majlis Perbandaran Klang.
  • Menerima dan memberi maklumbalas aduan bagi masalah-masalah ICT jabatan-jabatan di majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan dan memantau Meja Bantuan (Helpdesk) dan tahap kepuasan pelanggan bagi pengguna dan pelanggan ICT.
  • Mengurus program-program dan latihan ICT untuk kakitangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Menguruskan vot-vot peruntukan jabatan dan laporan belanjawan.
  • Mengurus hal ehwal kakitangan Jabatan (kedatangan, kursus, tatatertib,peraturan, dan lain-lain).
  • Menguruskan surat-surat keluar/masuk, fail-fail dan laporan-laporan jabatan

4.2 Bahagian Pengurusan Perkakasan Dan Rangkaian

  • Mengkaji keperluan perkakasan dan rangkaian ICT Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan ICT untuk kakitangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan perkhidmatan Sistem Rangkaian Komputer di ibupejabat dan pejabat/kaunter cawangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan perkakasan dan rangkaian Komputer Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan perkhidmatan internet dan email Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan perkhidmatan Sidang Video Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan perkhidmatan CCTV di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan perkhidmatan Multimedia atas permintaan jabatan-jabatan untuk acara-acara rasmi Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan khidmat sokongan teknikal ICT bagi program/acara rasmi Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan perkhidmatan pinjaman perkakasan untuk kursus-kursus dan Mesyuarat luar.

4.3 Bahagian Pengurusan Pusat Data Dan Pangkalan Data

  • Menguruskan Pengoperasian Pusat Data di Ibu pejabat dan Pejabat Cawangan Majlis Perbandaran Klang
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan Pusat Data Majlis Perbandaran Klang.
  • Mengurus Domain MPKLANG untuk pengaksesan Data dan Aplikasi dalam Sistem Rangkaian Komputer Majlis Perbandaran Klang.
  • Membangun dan melaksanakan pengurusan Pangkalan Data aplikasi Majlis Perbandaran Klang.
  • Melaksanakan penyesuaian data untuk integrasi sistem Aplikasi di jabatan-jabatan Majlis Perbandaran Klang.
  • Mengurus Pusat Data di ibupejabat dan Pejabat Cawangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Mentadbir server-server di dalam Sistem Rangkaian Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan Bekalan elektrik sokongan (UPS) untuk Pusat Data Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan stor data bagi penyimpanan perisian/sistem pejabat dan maklumat secara berpusat untuk jabatan-jabatan di Majlis Perbandaran Klang.
  • Menyediakan capaian untuk kakitangan membuat pemindahan/penyimpanan fail/data penting dalam bentuk softcopy ke stor data secara berpusat.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am