MENU

Emel Jabatan: jtm@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Puan Nor Hasyimah Binti Tamziz
Emel Ketua Jabatannorhasyimah.tamziz@mpklang.gov.my

1.0  Pengenalan

Jabatan Teknologi Maklumat bermula dengan sebuah unit kecil dikenali sebagai Unit Komputer yang telah ditubuhkan pada tahun 1984. Pada tahun 1999 ia telah ditukar kepada Bahagian Sistem Maklumat selaras dengan Pembangunan IT di Majlis Perbandaran Klang yang semakin berkembang mengikut keperluan semasa. Peranan yang semakin meluas dalam memberi perkhidmatan ICT kepada Majlis telah melayakkan ia dinaiktaraf sebagai sebuah jabatan yang telah dikuatkuasakan pada Januari 2007 sejajar dengan salah satu strategi Majlis iaitu untuk memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan.

Terdapat 6 bahagian utama di Jabatan Teknologi Maklumat iaitu :

  • Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Dokumentasi ICT
  • Bahagian Pengurusan Perkakasan dan Rangkaian ICT
  • Bahagian Pengurusan Pusat Data dan Komunikasi ICT
  • Bahagian Pengurusan Sistem Aplikasi dan Perisian ICT
  • Bahagian Pengurusan Multimedia dan Pendidikan ICT
  • Bahagian Pengurusan Keselamatan dan Intergriti ICT

2.0  Objektif

  • Menggalakkan pertumbuhan ICT di Majlis Perbandaran Klang dengan mewujudkan persekitaran ICT kepada semua peringkat pengurusan untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi Majlis.
  • Meningkatkan tahap profesionalisme dalam penggunaan perkhidmatan Teknologi Maklumat kepada seluruh warga Majlis
  • Memenuhi keperluan-keperluan ICT daripada setiap jabatan di dalam Majlis.
  • Menyediakan latihan-latihan atau kursus ICT kepada semua warga Majlis bagi meningkatkan tahap kecekapan dalam penggunaan ICT.
  • Mempertingkatkan ketelusa perkhidmatan Majlis melalui ICT.
  • Mendekatkan rakyat dengan Majis melalui ICT.

3.0  Fungsi

Terdapat 9 fungsi utama Jabatan Teknologi Maklumat iaitu:

  • Merancang dan mengurus peralatan komputer Majlis.
  • Merancang dan mengurus Sistem Rangkaian Komputer Majlis.
  • Merancang, merekabentuk dan melaksanakan sistem aplikasi untuk menyokong operasi Majlis.
  • Mengendali dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi Majlis.
  • Menyediakan dan menyelenggara infrastruktur ICT untuk kegunaan Majlis.
  • Merancang dan menjalankan program-program ICT Majlis Perbandaran Klang.
  • Merancang dan mengurus program latihan ICT Majlis.
  • Merancang, merekabentuk dan menyelenggara sistem keselamatan IT Majlis.
  • Melaksanakan khidmat rundingan dan latihan.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm