MENU

Bahagian Penyelenggaraan

 A. Unit Penyelenggaraan Landskap.

  • Memastikan kawasan-kawasan landskap Majlis diselenggara dengan cekap dengan kaedah-kaedah yang betul dan bersesuaian mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Memantau dan menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan landskap bagi mencapai tahap kebersihan, kekemasan dan keindahan yang terbaik.
  • Mengambil tindakan terhadap setiap aduan berkaitan yang diterima untuk keselesaan dan keselamatan penduduk.
  • Menyediakan dan mengesahkan laporan prestasi bulanan kontraktor untuk proses pembayaran.

B. Unit Pangkasan Pokok

  • Menentukan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap setiap aduan cantasan pokok.
  • Menyelenggara setiap pokok yang telah diwartakan oleh Majlis melalui Sistem Inventori Pokok Warisan (SIP).
  • Memastikan kerja penyelenggaraan pokok utama mengikut arahan dan garis panduan yang ditetapkan oleh majlis dan mematuhi Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok 2001.
  • Mengambil tindakan terhadap setiap aduan pokok yang diterima oleh majlis untuk keselesaan dan keselamatan orang awam.
  • Memantau dan mengenalpasti pokok-pokok yang bermasalah dan berisiko dan menyediakan laporan berkaitan. 
  • Menjalankan kerja-kerja MARRIS termasuk menyediakan Senarai Kuantiti dan pemantauan kerja-kerja tersebut.

Unit Penguatkuasa

  • Menjalankan kerja-kerja pemantauan dan pelaporan berdasarkan aduan awam yang diterima berkaitan Undang-Undang Kecil Taman   MPK 2005 dan Undang-Undang Kecil Vandalisme MPK 2005.
  • Mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada orang awam untuk pematuhan Undang-Undang Kecil Taman MPK 2005.
  • Menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu bersama jabatan lain.
  • Khidmat nasihat perundangan dan membantu orang awam dalam menyelesaikan masalah berkaitan aduan awam.
  • Menyemak status tanah, bangunan dan lain-lain berkaitan agensi kerajaan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am