MENU

C. Unit Kemudahan Rekreasi

  • Menyiasat aduan berkaitan kemudahan rekreasi dan memberi maklumbalas setiap aduan tersebut.
  • Menyediakan surat maklumbalas berkaitan permohonan kemudahan rekreasi baru.
  • Menjalankan pemantauan harian ke atas setiap kemudahan rekreasi di kawasan lapang untuk tujuan inventori dan penyelenggaraan.
  • Memeriksa kemudahan rekreasi di kawasan rekreasi yang bakal diserahkan oleh pemaju kepada majlis.
  • Menyediakan laporan lengkap untuk setiap kerosakan kemudahan rekreasi yang masih didalam tempoh jaminan untuk pembaikan.
  • Menyediakan spesifikasi dan dokumentasi sebutharga bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan rekreasi.
  • Melaksanakan kerja pembaikan dan pelupusan bagi setiap kemudahan rekreasi yang rosak secara jabatan.

Bahagian Kajian Landskap Dan Kawalan Aset

  • Merancang dan melaksanakan program inovasi dalam pengurusan landskap.
  • Mengadakan kerjasama secara pintar (smart partnership) dengan agensi kerajaan dan swasta di dalam mencari dan mengenalpasti idea-idea baru pembangunan landskap selain program penghijauan bandar.
  • Merancang, merangka, membangunkan dan melaksanakan serta memantau Sistem Inventori Pokok(SIP).

A. Unit Tapak Semaian

  • Melaksanakan program semaian anak-anak pokok.
  • Menjalankan kerja rawatan kepada pokok-pokok yang bermasalah dan berpenyakit.
  • Melaksanakan program pembuatan baja kompos.
  • Menyediakan hiasan untuk program rasmi Majlis.
  • Menyediakan inventori pokok, peralatan dan kenderaan-kenderaan jabatan.
  • Merancang dan menyediakan program-program yang berkaitan dengan pembangunan tanaman pokok di kawasan Majlis.

B. Unit Padang Majlis

  • Menyiasat aduan dan memberi maklumbalas kerosakan kemudahan rekreasi di padang-padang yang terletak di bawah seliaan Majlis seperti Padang Ventoren, Padang Marin Pelabuhan Klang, Padang Chetty, Padang Kompleks Sukan Pandamaran, Padang Sri Andalas (tempahan penggunaan melalui Pengarah Khidmat Pengurusan).
  • Menyelenggara padang dan kemudahan rekreasi serta memastikan sentiasa dalam keadaan sempurna.
  • Menyediakan laporan pemantauan pada setiap bulan:
    • Laporan kekerapan penggunaan padang;
    • Laporan kutipan penyewaan;
    • Laporan penyelenggaraan berkala.
  • Menyelaraskan kerja-kerja yang berkaitan dengan tempahan termasuk kemudahan-kemudahan berkaitan sukan dan rekreasi bersama jabatan-jabatan terlibat.

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am