MENU

4.0     Aktiviti-Aktiviti Bagi Fungsi-Fungsi Utama

Unit Pentadbiran

A. Unit Pentadbiran / Kontrak Dan Unit Inden / Pembekalan

  • Menguruskan proses bayaran kontrak dan kerja-kerja inden dalam masa empat (4) hari selepas dokumen lengkap diterima.
  • Menyediakan urusan surat-menyurat jabatan.
  • Mengeluarkan L.O / Inden / Kontrak.
  • Menerima dan memberi maklumbalas tentang aduan dalam masa dua (2) minggu.
  • Menghantar Laporan Kempen Tanaman Pokok kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor setiap bulan.
  • Menyediakan surat teguran / kelulusan pelan landskap dalam masa dua (2) minggu selepas diterima.
  • Laporan aset alih jabatan.
  • Menguruskan segala aspek keselamatan pejabat.
  • Menguruskan permohonan sewaan tapak di taman-taman awam dan sewaan bunga hiasan.
  • Lain-lain urusan pentadbiran.

Bahagian Pembangunan Landskap    

A. Unit Kawalan Landskap

  • Memproses dan membentangkan permohonan kelulusan pelan landskap ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC dalam melaksana dasar-dasar dan arahan berkaitan dengan pengurusan kualiti seperti MS ISO 9001:2015 serta memantau kerja-kerja landskap yang dibangunkan oleh pemaju.
  • Membentangkan kertas kerja dan isu-isu berkaitan teknikal di Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.
  • Mengawal selia pengeluaran surat pengesahan (CCC) dan surat sokongan landskap Sijil Layak Menduduki (CF).
  • Menyelaras permohonan serahan semula kawasan penyelenggaraan landskap oleh pemaju kepada majlis selepas tamat tempoh penyelenggaraan.
  • Menguatkuasakan dasar-dasar Landskap Negara dan Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan pembangunan landskap oleh pemaju seperti Local Agenda 21 dan Bandar Selamat.                               

B. Unit Projek Rekabentuk Landskap

  • Melaksanakan projek-projek landskap yang efektif dan mampu bina.
  • Merancang, merekabentuk dan menaiktaraf kawasan landskap sediada.
  • Memantau dan menyelia projek-projek landskap di tapak agar mematuhi spesifikasi dan berkualiti tinggi.
  • Mengenalpasti, merancang, merekabentuk, melaksana dan membangunkan landskap baru di kawasan terpilih.
  • Menyediakan kertas cadangan bagi tujuan permohonan peruntukan pembangunan landskap kepada agensi kerajaan seperti SUK dan KPKT.
  • Memproses permohonan sumbangan landskap kepada masyarakat dan menggalakkan penglibatan komuniti secara 2 hala di dalam Program Kejiranan Hijau dan Local Agenda 21.            

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am