MENU

    2.0 Objektif Jabatan Taman & Rekreasi

    • Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai sebuah Bandar Diraja dan bersejarah.
    • Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan selamat.
    • Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan.
    • Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis.

    3.0 Piagam Pelanggan Jabatan Taman Dan Rekreasi

    • Mengeluarkan keputusan bagi permohonan serentak pelan landskap dalam tempoh 80 hari dari tarikh penerimaan.
    • Mengeluarkan keputusan bagi permohonan berasingan pelan landskap dalam tempoh 57 hari dari tarikh penerimaan.
    • Memberikan maklumbalas aduan jabatan dalam tempoh 14 hari (2 minggu).
    • Memproses pembayaran kepada kontraktor untuk kerja penyelenggaraan landskap dalam tempoh 4 hari selepas tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
    • Penanaman 90,000 pokok pelbagai spesis setahun di kawasan pentadbiran Majlis melalui projek pembangunan hijau oleh kerajaan mahupun swasta.

    Bahagian Utama Jabatan Taman & Rekreasi

    Terdapat empat (4) bahagian utama di Jabatan Taman & Rekreasi iaitu :

    Bahagian Pentadbiran (BPT):

    • Unit Pentadbiran / Kontrak.
    • Unit Inden / Pembekalan.

    Bahagian Pembangunan Landskap (BPL):

    • Unit Kawalan Landskap (UKL).
    • Unit Projek Rekabentuk Landskap (UPRL).
    • Unit Kemudahan Rekreasi (UKR).

    Bahagian Kajian Landskap & Kawalan Aset (BKLA):

    • Unit Tapak Semaian (UTS).
    • Unit Padang Majlis (UPM).

    Bahagian Penyelenggaraan (BP):

    • Unit Penyelenggaraan Landskap (UPL).
    • Unit Pangkasan Pokok (UPP).
    • Unit Penguatkuasa (UPK).

     

       

      Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am