MENU

Emel Jabatan: taman@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Muhammad Hijaz Bin Sanusi
Emel Ketua Jabatan: hijaz.sanusi@mpklang.gov.my

1.0  LATAR BELAKANG JABATAN TAMAN DAN REKREASI

Menyedari kepentingan dan keperluan aspek landskap, maka pada tahun 1980 sebuah Unit Taman ditubuhkan di bawah seliaan Jabatan Kesihatan. Pada peringkat awalnya peranan unit ini ialah untuk mewujudkan keindahan Bandar Klang dan menyediakan kemudahan kawasan lapang / hijau untuk aktiviti rekreasi.

Seiring dengan perkembangan landskap di mana keseimbangan pembangunan dan alam sekitar mula dititikberatkan. Unit ini telah dinaiktaraf kepada sebuah jabatan pada tahun 1990 yang dikenali sebagai Jabatan Taman dan Rekreasi.Sehingga kini, Jabatan Taman dan Rekreasi merupakan salah sebuah jabatan yang telah diberi peranan dan tanggungjawab di dalam melaksanakan pembangunan dan penyelenggaraan landskap di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang.

Peranan Jabatan kini lebih mencabar, di mana untuk mewujudkan keindahan bandar serta penyelenggaraan landskap yang berkesan memerlukan kesabaran yang tinggi. Untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bandar-bandar lain di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi. Demi untuk meningkatkan kesejahteraan, keselesaan dan kualiti kehidupan penduduk Klang, usaha yang berterusan masih dilakukan.

2.0 STRATEGI DAN FOKUS JABATAN

  • Meningkatkan kualiti landskap Klang.
  • Meningkatkan kualiti penyelenggaraan landskap Klang.
  • Mengekalkan kualiti kecekapan urus tadbir jabatan.
  • Mewujudkan kerjasama (smart partnership) bersama orang awam, NGO dan syarikat - syarikat awam.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm