MENU

Emel Jabatan: osc@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Cik Faridahwati Binti Mohd Salleh
Emel Ketua Jabatan: faridahwati.salleh@mpklang.gov.my

1. PENGENALAN

Jabatan Pusat Setempat bermula dengan sebuah unit kecil dikenali sebagai Pusat Semakan Setempat (OSC) yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2003 di bawah tanggungjawab Setiausaha Majlis. Ini adalah selaras dengan arahan Kerajaan Negeri supaya ditubuhkan 'One Stop Center' di seluruh PBT Selangor bagi menerima dan memproses kelulusan pelan bangunan dan CF.

Pada Jun 2007, fungsi jabatan ini telah diperkembangkan selaras dengan pengumuman secara rasmi oleh Y.A.B. Perdana Menteri bagi penubuhan Pusat Setempat (OSC) di semua PBT di seluruh negara. Pada tahun 2009, Pusat Setempat telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pusat Setempat seiring dengan pertambahan beban tugas yang semakin meningkat di samping bagi meningkatkan tahap sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam mendapatkan kelulusan bagi permohonan pemajuan.

2. MATLAMAT

Matlamat penubuhan Pusat Setempat adalah untuk memendekkan norma masa proses permohonan secara serentak cadangan pemajuan, sekaligus meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses cadangan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan.

3. OBJEKTIF JABATAN

1.

 Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan,
 pelan kerja tanah, pelan jalan dan saliran dan pelan-pelan lain berkaitan dengan pemajuan secara serentak.

2.

 Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses kerja.

3.

 Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pembangunan 
 tanah dengan mengambil kira peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN), Akta Perancangan Bandar dan 
 Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm