MENU

Ketua Jabatan: Encik Ari Bin Hj. Adam
Emel Ketua Jabatan: ari.adam@mpklang.gov.my

 

1.0  Pengenalan

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan adalah sebuah bahagian yang bertanggungjawab bagi urusan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta 663). Akta ini mula berkuatkuasa mulai 12 April 2007. Bahagian ini telah ditubuhkan di Majlis pada 4 Ogos 2008.

2.0  Objektif

Memastikan Penyelenggaraan Harta Bersama dilaksanakan berdasarkan Undang-Undang dan Peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan bertingkat.

3.0  Fungsi Jabatan

Terdapat 5 fungsi utama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan iaitu :

  • Mengadakan inventori ke atas bangunan-bangunan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang.
  • Memastikan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi pembangunan yang melibatkan pemikiran berstrata.
  • Menyelesaikan sebarang pertikaian di antara pemaju dan pembeli berkaitan penubuhan JMB dan akaun penyelenggaraan (BMA).
  • Memantau tindakan pemaju dalam menangani isu pembaikan kecacatan.
  • Menguatkuasakan Undang-Undang yang termaktub di dalam Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Akta Hakmilik Strata (Akta 318).

4.0  Direktori Kakitangan

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm