MENU

Emel Jabatan: alamsekitar@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Zaireezal Bin Ahmad Zainuddin
Emel Ketua Jabatan: zaireezal.zainuddin@mpklang.gov.my

1.0  Pengenalan

  • Selepas penswastaan pada 1998, diwujudkan Unit Kawal Selia yang  diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran. Unit ini terdiri daripada 30 orang danberfungsi sebagai pemantau kepada aktiviti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awan yang dilaksanakan oleh Alam Flora Sdn.Bhd.
  • Pada tahun 2000, unit ini telah dinaiktaraf kepada Bahagian Alam Sekitar.
  • Dengan pertambahan kakitangan dan fungsi, bahagian ini dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar  pada tahun 2002 sehingga April 2011.
  • Tujuan di tubuhkan jabatan ini adalah untuk memberi dan memantau perkhidmatan pengurusan sisa pepejal ,pembersihan kawasan, kemudahan awam dan penjagaan alam sekitar yang sempurna di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
  • Mulai Mei 2011, jabatan ini telah ditukar nama dan dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Persekitaran dan terdiri daripada 171 orang kakitangan.

    Akta-akta yang di peruntukkan.

  1. Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171)
  2. Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133)
  3. Pembuangan ,Pemungutan dan Pelupusan Sampah Saraf(MPK) 2007

 

​​2.0  Objektif

  • Memberi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, pembersihan kawasan, kemudahan awam dan penjagaan alam sekitar yang sempurna bagi penduduk di Majlis Perbandaran Klang serta mengukuhkan tahap kebersihan, keselesaan, kacauganggu dan alam sekitar selaras dengan Akta dan Undang-Undang Kecil yang digunakan pakai oleh Majlis Perbandaran Klang.

 

3.0  Piagam Pelanggan

  • Melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan sempurna untuk memenuhi keperluan   pembayar cukai di kawasan MPK.
  • Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dilakukan 3 kali seminggu bagi kawasan perumahan dan setiap hari bagi kawasan perdagangan serta tong sampah berpusat.
  • Perkhidmatan pembersihan awam seperti pemotongan rumput di bahu jalan dan pembersihan longkang perimeter kawasan perumahan dilaksanakan 2 kali sebulan.
  • Perkhidmatan sapuan jalan dan kutipan sampah-sampah kecil dilaksanakan pada setiap hari bagi kawasan pusat bandar dan kawasan perdagangan.
  • Melaksanakan penyelenggaraan pembersihan kebersihan awam seperti pasar, dewan orang ramai, gerai MPK, perhentian bas dan teksi serta tandas awam.
  • Memastikan semua kontraktor yang melaksanakan perkhidmatan pembersihan mematuhi skop dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan operasi penguatkuasaan ke atas kesalahan yang berkaitan Akta dan Undang-Undang Kecil yang diguna pakai oleh Majlis.
  • Melaksanakan program kitar semula dengan lebih aktif dan bekerjasama dengan pihak swasta dan badan-badan kerajaan (NGO).
  • Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam terus diberikan kepada premis yang baru memperolehi sijil layak menduduki.
  • Menyediakan kemudahan tong sampah yang mencukupi di kawasan perdagangan dan pusat bandar bagi memastikan tahap kebersihan di kawasan berada dalam keadaan terkawal.
  • Melaksanakan program pendidikan dan kesedaran tentang kebersihan secara berterusan dan bekerjasama dengan pihak swasta, pihak sekolah, badan bukan kerajaan dan penduduk setempat.
  • Menjalankan pemantauan bagi mengawal pencemaran dan kacau ganggu bagi keselesaan penduduk dan pembayar cukai.

 

4.0  Fungsi Unit / Bahagian

  • Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
  • Kewangan Dan Kontrak  
  • Pendidikan Awam, Pengurusan Korporat Dan Kitar Semula
  • Kemudahan Awam Dan Tindakan Khas
  • Penguatkuasaan
  • Pentadbiran

4.1  Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

  • Memeriksa dan memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Kontraktor Majlis bagi memastikan setiap perkhidmatan yang dilaksanakan mematuhi skop dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.
  • Menerima,menyiasat dan memberi maklumbalas terhadap masalah atau aduan daripada orang awam atau lain-lain agensi.
  • Meneruskan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ke atas orang awam di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah 2007 (MPK).
  • Menjalankan rondaan dan pemantauan harian ke atas aktiviti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
  • Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kebersihan Daerah Klang pada setiap 2 minggu sekali yang melibatkan Ahli Majlis, pemimpin-pemimpin kawasan, jabatan dalaman Majlis dan agensi luar yang berkaitan.
  • Mengawal aktiviti di bekas tapak pelupusan sampah Majlis agar tidak dicerobohi dan disalahgunakan.

4.2  Bahagian Kewangan Dan Kontrak

  • Proses pengeluaran Borang Pelaksanaan Kerja (Obligasi)
  • Proses pengeluaran inden
  • Pembelian Bekalan Stor
  • Proses pembayaran

4.3   Bahagian Pendidikan Awam, Pengurusan Korporat & Kitar Semula

  • Menyelaras keperluan berkaitan kebersihan bagi acara-acara rasmi Majlis seperti pembekalan tong sampah, pekerja pembersihan dan lain-lain keperluan.
  • Menyelaras dan memastikan segala keperluan untuk program gotong-royong seperti tong sampah, kenderaan dan peralatan disediakan.
  • Mengadakan program alam sekitar seperti ceramah mengenai penjagaan kebersihan, kitar semula dan gotong-royong bersama persatuan penduduk atau NGO di kawasan Majlis.
  • Mengadakan sesi ceramah atau taklimat kepada orang ramai atau pihak sekolah mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti atau program seperti kesihatan cara kerja, pertolongan cemas, kebersihan persekitaran dan pendidikan kesihatan.
  • Mengadakan dan menyelaras aktiviti yang dapat memupuk semangat cintai alam sekitar terutama di kalangan pelajar.
  • Menyelaras aktiviti Pertandingan Kebersihan Kampung dan Taman Perumahan dan Pertandingan Kebersihan Pasar Malam & Pasar Pagi yang dilaksanakan oleh jabatan.
  • Menubuhkan Kumpulan Inovasi jabatan yang akan mengkaji penambahbaikan sistem perkhidmatan atau barangan jabatan atau Majlis.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti dalam program kitar semula seperti pembinaan pusat kitar semula, penempatan tong @ kiosk kitar semula dan sesi taklimat mengenai kitar semula.
  • Menyediakan laporan prestasi kutipan barang kitar semula yang dilaksanakan oleh sekolah, industri dan NGO.
  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kitar Semula sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

4.4   Bahagian Kemudahan Awam Dan Tindakan Khas

  • Menyelia kerja-kerja pembersihan tandas awam, dewan, pasar, gerai dan kemudahan rekreasi yang berada di bawah tanggungjawab Majlis.
  • Menyelaras dan mengawal selia jadual kerja pembersihan dewan orang ramai, pembersihan semak-samun dan pembersihan sampah kecil yang dilaksanakan sendiri oleh kakitangan jabatan (buruh).
  • Memantau dan memastikan kerja-kerja pembersihan tandas dan dewan orang ramai dilaksanakan pada setiap hari oleh kakitangan di bawah unit kemudahan awam.
  • Menyelaras dan menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan semak-samun di tanah kerajaan atau tanah milik persendirian mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kakitangan jabatan di bawah unit semak-samun.
  • Melaksanakan prosedur pengeluaran notis untuk pembersihan kepada pemilik tanah atau premis kosong yang telah ditinggalkan atau tidak berpenghuni.
  • Menyelaras dan memantau kerja-kerja pembersihan sampah-sampah kecil di jalan-jalan utama di kawasan Majlis yang dilaksanakan oleh kakitangan jabatan di bawah 'unit litter picking'
  • Membantu Unit Bencana Alam (Squad 3S) apabila berlaku banjir, kebakaran, tanah runtuh dan sebagainya.
  • Menyelaras jadual kerja dan kakitangan untuk aktiviti yang telah ditetapkan di bawah pasukan 'trisikal'

4.5   Bahagian Penguatkuasaan

  • Menjalankan penguatkuasaan undang-undang terhadap orang awam atau pemilik premis di atas sebarang kesalahan yang melibatkan akta atau undang-undang kecil yang digunakan oleh Majlis.
  • Membantu bahagian Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam, bahagian Pendidikan Awam,  Pengurusan Korporat & Kitar Semula, Bahagian Industri & Kitar Semula dan bahagian Kemudahan Awam & Tindakan Khas dalam menangani masalah yang berkaitan.
  • Memantau dan mengambil tindakan ke atas aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh orang awam.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan serta memberi maklumbalas ke atas aduan-aduan yang dilaporkan.
  • Mengeluarkan notis dan kompaun kepada individu, pemilik premis dan kilang-kilang yang melakukan kesalahan alam sekitar.
  • Menjalankan operasi bersepadu penguatkuasaan dengan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan pada setiap minggu di kawasan premis perniagaan.
  • Menjalankan operasi kawalan dan pengintipan pembuangan sampah secara haram di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti.
  • Memantau dan mengawasi aktviti pemajuan tanah agar tidak dijadikan sebagai tapak pembuangan sampah secara haram.
  • Melaksanakan Operasi Kutu Sampah terutama di kawasan pusat-pusat bandar.

4.6  Bahagian Pentadbiran

  • Pengurusan surat-menyurat.
  • Menyelaras permohonan cuti rehat atau cuti sakit kakitangan.
  • Penyelarasan tuntutan kakitangan.
  • Menyelaras keperluan mesyuarat untuk jabatan.
  • Menyelaras program khas majlis.
  • Menyelaras keperluan dan peralatan pejabat.
  • Menyelaras penyediaan kertas kerja.

Unit Tindakan Khas

  1. Pasukan ‘Litter Picking'
  2. Pasukan Trisikal
  3. Green Squad
  4. Pasukan ‘Woodchipper'
  5. Pasukan Mencari Sampah
  6. Pasukan ‘Backup'sampah Domestik

Pasukan ‘Litter Picking'

  • Membersihkan sampah-sampah kecil di laluan utama (3x seminggu)
  • Membantu untuk aktiviti gotong-royong / penghantaran tong
  • Tindakan segera bagi kerja-kerja kecil seperti membersihkan culvert, longkang tersumbat/ banjir kilat, pokok tumbang, membersihkan kawasan kemalangan kenderaan (membantu Polis & Bomba)

Pasukan Trisikal

  • Membersih dan melupuskan sampah-sampah kecil yang berteraburan
  • Memungut sampah di kawasan atau lorong-lorong yang sempit / sesak
  • Membantu dalam aktiviti gotong-royong
  • Membantu menjalankan kutipan sampah di tempat yang terdapat halangan untuk kutipan lori.

Green Squad

  • Mencari sampah longgok di kawasan perumahan dan pinggiran bandar
  • Membersihkan sampah-sampah pukal

Pasukan ‘Woodchipper'

  • Membersihkan sampah-sampah kebun
  • Membersihkan sisa-sisa pokok yang telah dipotong / yang telah jatuh.

Pasukan Mencari Sampah

  • Mencari dan membersihkan sampah longgok atau pukal yang dibuang pada sebelah petang hingga malam (5 petang hingga 10 malam) di kawasan Pusat Bandar dan pinggiran bandar

Pasukan ‘Backup'sampah Domestik

  • Menjalankan kutipan sampah kali kedua di sekitar Pusat Bandar
  • ‘Standby' backup jika terdapat aduan kutipan yang bermasalah
  • Menjalankan rondaan di kawasan laluan utama dan mengutip sampah yang dijumpai sepanjang laluan tersebut
  • Mencari sampah longgok di kawasan perumahan dan pinggiran bandar
  • Membersihkan sampah-sampah pukal

5.0  Carta Organisasi

 

6.0  Direktori Kakitangan

Kemaskini Terakhir: Selasa, 20 Oktober 2020 - 12:00pm