MENU

OBJEKTIF BAHAGIAN KAWALAN & PERANCANGAN PEMAJUAN

  • Menyediakan laporan dan ulasan teknikal keatas sesuatu permohonan kebenaran merancang bagi pertimbangan Jawatankuasa Perancangan Dan Pembangunan ( Jawatankuasa Pusat Semakan Setempat )
  • Permohonan  penamaan taman , nama jalan dan pernomboran bangunan
  • Permohonan sokong tanah kerajaan
  • Permohonan pelan Pra – Hitung
  • Memproses permohonan Tukar Syarat, Pecah Sempadan, Tanah Kerjaan dan lain – lain permohonan berkaitan pemajuan tanah.
  • Memberi ulasan ke atas  pelan bangunan dan sijil layak menduduki dari aspek keperluan perancangan bandar.
  • Memberi ulasan ke atas permohonan lesen, iklan dan analisa kesan alam sekitar bila perlu.
  • Menimbang cadangan pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan sukan dari pihak swasta.

 

UNIT KAJIAN DAN PROJEK

  • Penyediaan rancangan tempatan klang
  • Penyediaan pelan – pelan tindakan sebagai pelan kawasan khas lanjutan daripada rancangan tempatan ( TRM Pulau Indah , Kg Batu Belah  dan Kg Jawa, Pelabuhan Klang )
  • Menyediakan inventori dan pelan kemasyarakatan untuk Rancangan Malaysia

UNIT GIS DAN PEWARTAAN

  • Menyediakan aplikasi – aplikasi GIS , untuk kegunaan jabatan
  • Mengemaskini pelan perkawasan , pelan susunatur dan pelan pra – hitung sebagai pelan pembangunan komprehensif Majlis
  • Menyediakan dan memgemaskini iventori tanah lapang awam.
  • Menyediakan dan mengemaskini iventori kemudahan awam dan kemudahan masyarakat

UNIT PENGUATKUASAAN & SETINGGAN

  • Memantau ke atas aktiviti pemajuan tanah yang dimula dan dijalankan tanpa kebenaran merancang dan mengambil tindakan  undang – undang ke atas kesalahan tersebut dengan merujuk seksyen 19, akta 172.
  • Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan keatas sebarang aduan yang diterima berkaitan perancangan bandar.
  • Menjalankan bancian keatas pembinaan struktur tanpa kebenaran dan bercanggah dengan zon perancangan.
  • Memutihkan kilang – kilang tanpa izin.
  • Melaksanakan gerakan pendaftaran dan bancian setinggan.
  • Memantau pertumbuhan kawasan – kawasan setinggan pada setiap masa.
  • Mengadakan operasi penguatkuasaan (keatas setinggan baru).
  • Menyelaras pengagihan rumah kos rendah (oleh agensi kerajaan dan swasta) dengan mengutamakan penghuni setinggan sebagai sasaran utama.
  • Melaksanakan segala dasar – dasar mengenai setinggan oleh Kerajaan Negeri.

UNIT PELABURAN & PEMBANGUNAN MAMPAN

  • Menrencanakan dan menyelaras Program Agenda 21 Klang.
  • Menrencanakan dan menyelaras Program Bandar Selamat Klang.
  • Menyelaras Program Permuliharaan Sungai Klang ( River Ranger ).
  • Menyelaras Program Bersepadu Pesisir Pantai Klang ( ICCM )
  • Menyelaras pengukuran Bandar Mampan (MURNInets)
  • Menyelaras dan pemantauan perlaksanaan Program Dasar Perbandaran Negara ( e – DPN)
  • Menyelaras Program Bandar Selamat
  • Menrasangkan perlaburan dan mengalakkan perindustrian di Daerah Klang.
  • Menwujudkan kemudahan komunikasi antara kerajaan dengan para pelabur tempatan dana asing.
  • Membantu pelabur menandatangi masalah berhubung perluasan dan prosidur kelulusan
  • Menyediakan kemudahan maklumat tanah, lokasi, potensi, kawasan, kegunaan tanah/ zoning dan sebagainya.
  • Berkerjasama dengan dewan perniagaan dan perdaganggan tempatan dalam dan luar negara.

UNIT PENTADBIRAN

  • Pengurusan segala urusan berkaitan kakitangan.
  • Menaip, merekod, menjlilid surat-surat dan kertas  kerja – kerja mesyuarat.
  • Mengurus dan merekod pendaftaran serta perjalanan fail jabatan.
  • Mengedar dan memaklumkan segala arahan rasmi majlis dan perkeliling kepada kakitangan.
  • Mengurus dan melenggarakan stok peralatan pejabat dan teknikal.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am