MENU

Ketua Jabatan : Encik Zailani Bin Panot
Emel Ketua Jabatan zailani.panot@mpklang.gov.my

1. PENGENALAN

Jabatan perancang bandar adalah sebuah jabatan yang diwujudkan pada tahun 1984.  Diperingkat awal penubuhannya jabatan ini diletakkan dibawah jabatan kejuruteraan dan bangunan sebagai unit kecil. Jabatan ini bertangungjawab dalam mengawal pembangunan seluruh daerah klang bagi membentuk satu kawasan perbandaran yang dinamik, terancang dan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang dengan mutu kehidupan dan suasana persekitraan yang bersih dan menarik.

Sehubungan dengan itu, jabatan perancang bandar sentiasa memastikan pembangunan gunatanah dirancang secara komprehensif dengan penyediaan pelan perancangan jangka panjang seperti penyediaan rancangan struktur dan rancangan tempatan serta dikawal dengan peruntukan akta perancangan bandar dan desa 1976 (akta 172). Jabatan juga menerima pakai kaedah, garispanduan dan piawaian perancangan negeri Selangor serta mematuhi polisi dan dasar serta pekeliling negeri dari semasa ke semasa dalam melaksanakan hasrat kerajaan negeri bagi membentuk satu perancangan bandar yang baik dalam masyarakat yang harmoni. Untuk mencapai hasrat tersebut jabatan sentiasa memastikan kakitangan mempunyai sikap tanggungjawab dan komited terhadap kerja supaya menjadi lebih efisyen dan berdaya maju.

2. VISI

Klang sebagai sebuah perbandaran bertaraf antarabangsa / dunia yang lestari dengan perancangan secara holistik pada tahun 2020.

3. MISI

Merancang, mengawal pembangunan dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui mekanisma tadbir urus yang berdaya maju untuk masyarakat klang yang harmoni

4. OBJEKTIF JABATAN

Jabatan perancang bandar majlis perbandaran klang bertangungjawab didalam mencapai objektif berikut :-

Objektif Umum
Membentuk strategi pembangunan yang komprehensif untuk mencapai suasana perbandaran yang mampan dan seimbang

Objektif Pembangunan Fizikal
Menyediakan rangka pembangunan yang dapat berinteraksi secara harmonis dengan persekitaran tanpa menimbulkan kacau ganggu atau kesan negatif jangka panjang

Objektif Pembangunan Sosial
Tidak mengabaikan elemen kemanusiaan iaitu keperluan tehadap kemudahan pelajaran, rekreasi , ibadah , dan sebagainya didalam melaksanakan pembangunan fizikal

Objektif Pembangunan Ekonomi
Menyokong pembangunan ekonomi dan menyeimbangkan dengan keperluan social dana lam sekitar.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm