MENU
  1. Apa yang perlu dilakukan sekiranya pegangan / premis anda dirobohkan atau berlaku perubahan fizikal?

Sekiranya perkara ini berlaku pemilik/pewaris hendaklah memberitahu Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta dengan mematuhi syarat-syarat berikut:

  • Memberi notis/surat kepada Majlis dalam masa 15 hari dari tarikh robohnya / ada perubahan pada pegangan berkenaan.
  • Nyatakan alamat pegangan / premis yang roboh / ada perubahan dan alamat surat menyurat dengan terang dan jelas.
  • Menjelaskan cukai taksiran yang telah dikemaskini (sehingga tarikh roboh) dan sertakan salinan resit bayaran cukai taksiran yang telah dijelaskan sebagai bukti bayaran.
  • Sertakan gambar tapak bangunan yang roboh / ada perubahan jika ada. Peruntukan Akta di bawah Seksyen 161 (3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 memberi kuasa kepada Majlis menghendaki maklumat berkenaan dan pihak Majlis boleh meminda penilaian selepas maklumat diperolehi.

 

Soalan-Soalan Lazim – Bahagian Pengurusan Harta

 

  1. Anda ingin menyewa premis Majlis? Caranya :

Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pengurusan Harta dengan bayaran hanya RM 1.00. Isi dengan lengkap dan sertakan:

  • Sekeping gambar
  • Salinan kad pengenalan
  • Setem RM 0.60 dan bayaran proses RM 10.00

 

  1. Adakah saya layak memohon premis Majlis? Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon premis perniagaan milik Majlis Perbandaran Klang?

 

  • Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada pemohon yang dilahirkan di Malaysia.
  • Berusia 18 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun

* Semua permohonan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan menyebabkan permohonan tuan / puan tidak diproses untuk temuduga.

  1. Anda telah diberi tawaran untuk menyewa premis Majlis, apa yang anda perlu sediakan bagi penyewaan premis Majlis?
  • Cagaran sewa tiga (3) bulan
  • Sewa pendahuluan
  • Cagaran kunci RM 50.00 per unit
  • Cagaran elektrik dan air
  • Bayaran proses dokumen perjanjian RM 30.00

* Kegagalan mematuhi syarat-syarat tawaran boleh menyebabkan tawaran terbatal dengan sendiri atau di batalkan oleh Majlis.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 September 2019 - 3:57pm