MENU
  1. Sekiranya pemilik harta telah meninggal dunia/mati apakah yang perlu dilakukan oleh waris simati?

Pemilik harta yang menerima warisan mesti memberi notis mengenai pemilikan harta warisan tersebut kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dalam tempoh satu tahun selepas kematian pemilik asal dengan mengisi ‘Borang J' yang boleh didapati daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta atau melalui ‘e-Borang' di laman web MPK dialamat http://portal.mpklang.gov.my

  1. Adakah saya akan dikenakan denda jika sabit kesalahan sekiranya pertukaran nama pemilik ini tidak diberitahu kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta?

Berdasarkan peruntukkan seksyen 140, Akta Kerajaan Tempatan 1976, sesiapa yang tidak memberi notis mengenai pertukaran nama pemilik ini apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

  1. Dimanakah tempat mendapatkan salinan bil cukai taksiran yang telah hilang / rosak / tidak diterima?

Salinan bil cukai taksiran boleh diperolehi dari kaunter 7 dan 8 Bahagian Cukai Taksiran di ibu pejabat MPK dengan memberikan nombor akaun harta anda. Jika anda tidak tahu nombor akaun harta, anda perlu merujuk ke kaunter 6 Bahagian Penilaian untuk mendapatkan nombor akaun terlebih dahulu dan seterusnya mendapatkan bil cukai taksiran di kaunter cukai taksiran

  1. Apakah yang perlu saya buat sekiranya bangunan saya terbakar?

Anda mesti menghantar surat pemberitahuan kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dengan seberapa segera selepas kebakaran dengan disertakan satu salinan laporan dari pihak Bomba dan Polis untuk mengesahkan tarikh kebakaran. Sekiranya laporan tidak disertakan, penilaian hanya akan dipinda mulai daripada tarikh surat pemberitahuan dan bukannya pada tarikh kebakaran.

Pihak Jabatan akan membuat siasatan di tapak dan mengambil maklumat yang perlu. Seterusnya Jabatan akan menyemak semula penilaian harta dan meminda nilaian asal.

  1. Adakah penilaian ke atas harta saya boleh berubah?

 

Ya, sekiranya anda melakukan sebarang perubahan ke atas harta anda seperti diperuntukkan dalam seksyen 144, Akta 171 :-

  • Pembinaan bangunan baru.
  • Meroboh dan membina semula.
  • Membuat apa-apa tambahan dan ubahsuai.
  • Pengeluaran Hakmilik baru.
  • Perubahan pada tanah disebabkan pengambilan tanah oleh Kerajaan atau lain-lain perubahan disebabkan oleh undang-undang perancangan.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 September 2019 - 3:57pm