MENU

Soalan Lazim Bagi Setiap Perkhidmatan Yang Diberi
Soalan-Soalan Lazim – Bahagian Penilaian

  1. Sekiranya saya pemilik harta atau pembeli harta yang terletak di dalam kawasan MPK, adakah apa-apa bayaran yang perlu saya buat kepada MPK?

Ada, iaitu bayaran cukai taksiran yang mesti dibayar setiap dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Februari dan Ogos setiap tahun.

  1. Bagaimanakah saya tahu sama ada harta saya dikenakan cukai taksiran atau tidak?

Harta anda dikenakan Cukai Taksiran kerana berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Semakan boleh dibuat dengan membuat permohonan carian maklumat harta dan bayaran proses RM5.00 (bayaran perkhidmatan) di :-

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Tingkat 1,
Bangunan Sultan Alam Shah, Jalan Perbandaran,
41675 Klang, Selangor
Tel : 03-33716044 (samb : 5119 / 5120) ATAU;

Majlis akan mengeluarkan Penyata Pemilik, Penyata Penyewa/Penyata Pemaju bagi mendapatkan maklumat-maklumat bagi tujuan Cukai Taksiran.

2a) Apa perlu dibuat sekiranya penyata-penyata ini diperolehi?

Anda perlu mengisi Penyata Pemilik tersebut dan dikembalikan semula ke Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Klang bagi pengumpulan data dan rekod terkini Majlis.

  1. Apakah maklumat yang perlu di bawa atau dikemukakan untuk menyemak harta saya samada telah dicukai atau belum?

Maklumat yang diperlukan adalah : Salinan dokumen hakmilik yang lengkap bersama pelan lokasi atau dokumen perjanjian jual-beli serta pelan lokasi.

  1. Adakah saya akan dikenakan bayaran perkhidmatan/bayaran proses terhadap semakan ini?

Ya, bayaran perkhidmatan/proses sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi setiap maklumat yang dikehendaki.

  1. Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat yang terdapat di bil cukai taksiran sekiranya berlaku kesilapan alamat atau ejaan nama atau telah berpindah?

Anda boleh mengisi Borang Kemaskini Rekod Harta di kaunter 6, Tingkat Bawah Kaunter Bayaran, MPK, jika ianya melibatkan ejaan nama, No. Lot, No. Hakmilik dan Alamat Surat Menyurat. Sekiranya melibatkan pertukaran alamat surat-menyurat sahaja, anda juga boleh mengisi dibahagian belakang bil bayaran cukai taksiran dan kembalikan ke Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Klang.

  1. Sekiranya saya telah menjual harta, apakah perkara yang perlu dibuat?

Anda atau peguam anda MESTI memaklumkan kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPK dengan mengisi borang pindah milik (Borang I) yang boleh didapati daripada Jabatan ini atau melalui ‘e-Borang' di laman web MPK di alamat http://portal.mpklang.gov.my dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindahmilik itu dan hendaklah disertakan dengan salinan hakmilik atau perjanjian jual beli yang diakui sah (seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976).

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 September 2019 - 3:57pm