MENU

1.6 UNIT PENILAIAN SEMULA

  • Mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk Penilaian Semula.
  • Menjalankan Eksesais penilaian semula
  • Menguatkuasakan Senarai Nilaian Baru.

1.7 PENILAIAN CAJ PEMAJUAN

1.7.1 Unit Penilaian Caj Pemajuan Bahagian V, Caj Pemajuan, Seksyen 32 – 34, Akta Perancang Bandar & Desa 1976 dan Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010 yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 25 November 2010.

  • Memproses permohonan Nilaian Caj Pemajuan daripada Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Majlis Perbandaran Klang.
  • Menjalankan pemeriksaaan harta.
  • Menyediakan Laporan Nilaian Caj Pemajuan.
  • Penilaian Caj Pemajuan.
  • Melaporkan Nilaian kepada Jabatan Perancang Dan Desa dan Jabatan Kewangan Majlis Perbandaran Klang.
  • Pengurusan fail-fail Caj Pemajuan.

1.8 UNIT ASET TAK ALIH, KHAS HARTANAH & PENSWASTAAN

a) Unit Aset Tak Alih

  • Mendaftar, menyedia dan merekod selia, mengemaskini senarai hartanah tak alih milik Majlis.
  • Menjadi Urusetia untuk Jawatankuasa Kecil Pengurusan Aset Tak Alih Majlis.
  • Menyediakan Laporan ke Jawatankuasa Pengurusan Aset Majlis (JPAK Induk) setiap suku tahun.

b) Unit Khas Hartanah & Penswastaan

  • Menyediakan dokumen-dokumen untuk memohon tanah kerajaan, Lesen Menduduki Sementara (LMS), permohonan warta dan rezab untuk pelbagai maksud.
  • Menerima dan memproses permohonan pengecualian/pengurangan Cukai Taksiran di bawah seksyen 134/135 Akta 171.
  • Memproses permohonan penilaian dan kadaran / penilaian Modal secara penswastaan atau in-house.
  • Menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan dengan cadangan pengambilan balik tanah
  • Menyelaraskan semua urusan yang berkaitan dengan Pentadbir Tanah Daerah/Pengarah Tanah & Galian, Jabatan ukur Dan Pemetaan, Jabatan Penilaian Harta Negeri dan lain-lain agensi berkaitan.
  • Memproses dan mengkaji permohonan dan cadangan penswastaan ke atas hartanah milik Majlis.
  • Menjadi Urusetia Jawatankuasa Kecil Hartanah dan Penswastaan.
  • Menyediakan cadangan-cadangan yang berkaitan kepada Unit Perancang Ekonomi, Negeri (UPEN) untuk kelulusan.
  • Mengeluarkan keputusan dan menyelaras serta memantau projek penswastaan yang diluluskan.

B.      Pengurusan Harta

1.0 Unit Pengurusan Sewaan

  • Proses pengiklanan / permohonan premis
  • Temuduga gerai milik Majlis
  • Tawaran penyewaan premis dan penyediaan dokumen perjanjian sewa
  • Pemantauan penyewaan premis seperti lawatperiksa, penyediaan notis, operasi penguatkuasaan berdasarkan perjanjian penyewaan dan sitaan.

1.1 Unit Perumahan & Hartanah

  • Mengurus selia permohonan dan penempatan kuarters dan rumah majlis (Council Homes).
  • Menguruskan dan menyelaras penjualan rumah pangsa majlis.
  • Menyelaras aduan penyelenggaraan.
  • Memproses permohonan pindahmilik, permohonan hakmilik strata dan permohonan Badan Pengurusan Bersama/ Perbadanan Pengurusan (JMB/MC) serta menyelaras penyelenggaraan – bayaran fi pengurusan, cadangan dan permohonan untuk bantuan khas Pusat Zakat, Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.
  • Mengkaji dan menyediakan cadangan-cadangan untuk penjualan/pelupusan hartanah Majlis atau cadangan-cadangan pembelian hartanah.

1.2 Unit Pengurusan Bangunan

  • Memproses permohonan pembaikan dan aduan premis sewaan, kuarters/rumah majlis dan menyelaras kerja-kerja tersebut dengan jabatan-jabatan berkaitan.
  • Pemantauan berterusan semua premis sewaan majlis, menyemak dan mengkaji keperluan untuk kaedah pengurusan dan penyelenggaraan serta pemantauan kontraktor yang dilantik bagi tujuan penyelenggaraan dan pembersihan.

1.3 Unit Projek Khas

  • Mengkaji dan menyediakan cadangan pembangunan semula ‘refurbishment' / pembaikan premis/hartanah Majlis sehingga ditentukan kaedah perlaksanaannya samada secara penswastaan / in-house.
  • Mengurus dan menyelaras projek-projek khas Majlis dari masa ke semasa atau projek-projek ‘ad-hoc' seperti program penempatan semula penjaja tanpa izin, pemindahan terminal dan penempatan setinggan / bencana.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 September 2019 - 3:57pm