MENU

Emel Jabatan: penilaian@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Puan Hazliza Binti Md Salled
Emel Ketua Jabatan: hazliza.salleh@mpklang.gov.my

Pengenalan

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah di naikkan taraf daripada Bahagian kepada Jabatan pada tahun 1984 sehingga sekarang. Kewujudan Bahagian Penilaian di Majlis Perbandaran Klang adalah semenjak tahun 1961 yang lalu.

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta terdiri daripada dua bahagian utama dengan unit pentadbiran masing-masing iaitu Bahagian Penilaian Kadaran dan Bahagian Pengurusan Harta. Jumlah Pegawai dan kakitangan Jabatan pada tahun 2013 adalah seramai 78 orang iaitu 56 orang di Bahagian Penilaian dan 22 orang di Bahagian Pengurusan Harta.

Objektif Jabatan

  • Menambahkan sumber hasil utama Majlis daripada kadaran
  • Pengurusan harta perdagangan / perindustrian dan kediaman milik Majlis
  • Meningkatkan Sumber Hasil lain khasnya sewaan, pajakan atau pelaburan hartanah supaya pendapatan Majlis tidak bergantung semata-mata kadaran

Piagam Pelanggan

Kami akan memastikan semua pelanggan yang berurusan dengan Pentadbiran Majlis Perbandaran Klang akan mendapatkan layanan dengan sempurna dan memproses segala permohonan dengan saksama.

  • Penilaian ke atas harta-harta yang telah ditukar syarat, dipecah sempadan,dikeluarkan hakmilik baru atau dikeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) / Sijil Perakuan Siap dan Pamatuhan (CCC) akan dibuat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh diterima dokumen lengkap.
  • Permohonan Carian Maklumat Harta bagi setiap permohonan carian dikaunter dihadkan maksima 3 carian bagi satu-satu masa, disediakan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh terima permohonan.
  • Rayuan / Bantahan Cukai Taksiran dalam tempoh yang dibenarkan, dijawab / diberi maklumbalas dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh terima surat rayuan / bantahan.
  • Permohonan Remisi dijawab / diberi maklumbalas dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
  • Setiap permohonan penyewaan harta Majlis yang lengkap diproses dan dipanggil temuduga dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh tutup iklan.
  • Tawaran penyewaan premis kepada pemohon yang berjaya dikeluarkan 2 dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas temuduga.
  • Penyaluran aduan dan laporan kerosakan premis diserahkan kepada jabatan berkaitan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima.
     

Fungsi Jabatan

A.         Penilaian Kadaran

1. Penilaian Kadaran (Bahagian XV – Kadar & Nilaian Akta Kerajaan Tempatan 1976 - Akta 171) & Pindaan.

1.1 Unit Pentadbiran (Penilaian)

  • Menerima, merekod dan pengagihan maklumat-maklumat/dokumen untuk tujuan penilaian seperti CF, CCC dan Laporan Cadangan Pemajuan.
  • Memproses Borang Pindahmilik (Borang I/J).
  • Mengemaskini senarai penilaian harta berkadar.
  • Semakan, penyediaan data dan cetakan untuk agensi kerajaan dll
  • Memantau dan memantapkan program peningkatan kualiti dan inovasi seperti KIK, ISO 9001- 2008, KPI, QE (5S), Star Rating dll
  • Merekod dan mengkelaskan fail.
  • Mengasingkan fail-fail untuk dilupuskan berdasarkan penjadualan yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara.

1.2 Unit Kadaran (Penilaian Kawasan-Utara / Selatan / Pelabuhan Klang)

  • Menjalankan pemeriksaan harta.
  • Menyediakan laporan nilaian.
  • Penilaian harta.
  • Menyediakan senarai nilaian.
  • Menyediakan notis pemberitahuan nilaian (notis pindaan/notis semakan)
    senarai penilaian.
  • Menghadiri perbicaraan mahkamah berkaitan kes penilaian.
     

1.3 Unit Bantahan

  • Mengkaji bantahan.
  • Pendengaran bantahan.
  • Mengeluarkan keputusan bantahan.

1.4 Unit Remisi, Maklumat, Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

  • Memproses permohonan pemulangan balik cukai (remisi).
  • Mengeluarkan keputusan permohonan pemulangan balik cukai (remisi).
  • Memproses semua permohonan maklumat hartanah berkadar oleh pelbagai agensi
  • Membuat carian-carian rasmi untuk tujuan penilaian, penswastaan serta penentuan sempadan lot/kawasan Majlis dan lain-lain maksud.
  • Menjalankan kajian pasaran sewa dan hartanah.
  • Mengkaji keperluan untuk pembangunan Sistem Penilaian dan Pengurusan Harta serta Berintegrasi dengan Sistem Kewangan Bersepadu dan lain-lain sistem yang bersesuaian / berkaitan.
  • Menyelaraskan gerakan khas untuk tujuan penilaain kadaran / kutipan tunggakan Cukai Taksiran dan lain-lain yang berkaitan dengan penilaian kadaran.

1.5 Unit Caruman Bantuan Kadar (Perkara 156–Perlembagaan Persekutuan)

  • Menjalankan pemeriksaan dan penilaian ke atas hartanah kerajaan dan badan-badan berkanun.
  • Menyediakan Senarai Nilaian Caruman (Borang A,B dan E).
  • Menyediakan semakan tuntutan Caruman Membantu Kadar (Borang C).
Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm