MENU

B. BAHAGIAN OPERASI :

  • Menjalankan pemeriksaan lesen di premis-premis di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

  • Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang gagal mematuhi syarat pelesenan.
  • Menjalankan kawalan dan pemanatauan di bawah peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh pihak Majlis.
  • Memantau dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas semua jenis iklan di kawasan pentadbiran Majlis.

  • Mengurus dan mengawal tindakan tindakan penguatkuasaan berkaitan

    berpandukan kepada Standard Operating Procedure (SOP).

  • Melaksanakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi penguatkuasaan seperti PDRM, AADK, JAIS dan lain-lain.

  • Membuat rondaan dan pemantauan harta-benda di bangunan, dewan serta kawasan taman awam serta jalan-jalan yang diselenggara oleh pihak Majlis.
  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja (termasuk pasar malam/pagi)dan halangan premis, tred serta kerusi meja

B.(I) Unit Iklan

  • Menjalankan pemantauan iklan-iklan haram di sekitar kawasan pentadbiran Majlis.

  • Melaksanakan siasatan-siasatan tindakan ke atas aduan-aduan yang diterima berhubungkait pemasangan iklan (banner, banting, sepanduk dll) tanpa mendapat permit dari pihak Majlis.

  • Melaksanakan operasi penurunan iklan-iklan haram (tanpa permit) serta-merta dan setiap hari.

  • Menyediakan laporan mingguan, bulanan dan tahunan tindakan penurunan iklan-iklan haram.

    B.(II) Unit Operasi & Penguatkuasaan               
    Terbahagi kepada 2 Kumpulan – Klang Utara & Klang Selatan
    Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan  ke atas premis dibawah secara berkala:

  1. Rumah Urut.
  2. Pusat Siber & Kafe Siber.
  3. Pusat Hiburan.
  4. Barang Lusuh (Besi Buruk).
  5. Cuci Kereta.
  6. Kenderaan terpakai.
  7. Hotel Bajet.
  8. Pusat Kecantikan.
  9. Tempat letak kereta persendirian.
  10. Menjual minuman keras.
  11. Kitar semula.
  12. Pusat  Snuker.
  • Menjalankan siasatan dan tindakan ke atas aduan-aduan awam yang diterima oleh pihak Jabatan dari masa ke semasa yang berkaitan dengan halangan premis perniagaan dalam tempoh 48 jam.
  • Mensasarkan pemeriksaan premis yang menyebabkan  halangan di tempat awam (secara berjadual).

  • Menyediakan laporan-laporan tindakan penguatkuasaan lesen premis dan laporan operasi secara mingguan, bulanan dan tahunan.

  • Menjalankan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi kerajaan seperti Polis, Imigresen, JPN dan JAIS.

B.(III) Unit Halangan & Penjaja
Terbahagi kepada 2 Kumpulan – Klang Utara & Klang Selatan

  • Menjalankan  siasatan  dan  tindakan  ke atas  aduan-aduan  awam yang berkaitan dengan halangan di tempat awam.
  • Menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan halangan.
  • Menjalankan siasatan dan tindakan penguatkuasaan ke atas aduan-aduan yang diterima berkaitan premis perniagaan dan penjaja.
  • Melaksanakan tugas-tugas dan tindakan ke atas penjaja pasar pagi, pasar malam dan penjaja beredar/ statik yang tidak mempunyai lesen.
  • Menjalankan operasi-operasi khas bagi mengurangkan jumlah penjaja tanpa lesen dan tindakan ke atas penjaja warga asing.
  • Menyediakan laporan-laporan tindakan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

B.(IV) Unit Aduan 

  • Menerima aduan awam sama ada yang diterima melalui orang yang mengadu  datang terus ke Jabatan Penguatkuasa,menerusi telefon, akhbar dan Jabatan Komunikasi & Pengaduan Awam serta lain-lain Jabatan MPK.

  • Menjalankan siasatan dan tindakan  terhadap semua aduan yang diterima dalam tempoh 48 jam selepas aduan diterima.

  • Memaklumkan kepada pengadu setiap tindakan yang telah diambil oleh pihak Jabatan terhadap aduan awam yang diterima.
  • Menyediakan laporan bulanan dan tahunan  aduan awam yang diterima dan tindakan yang diambil.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am