MENU

Emel Jabatan: penguatkuasa@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Andry Arman Bin Masrom
Emel Ketua Jabatan: andryarman@mpklang.gov.my

1.0  Latar Belakang

  • Bahagian Penguatkuasa telah ditubuhkan pada 01 Ogos 1974 dengan kekuatan anggota seramai 6 orang di bawah pentadbiran Jabatan Pentadbiran.
  • Pada tahun 1986, Bahagian Penguatkuasa telah digabungkan dengan Bahagian Undang-Undang untuk dijadikan sebagai sebuah jabatan baru iaitu Jabatan Undang-Undang dan ditempatkan di Bangunan Sultan Suleiman, Klang Selatan.
  • Pada akhir tahun 2002, Bahagian Penguatkuasa telah diletakkan di bawah seliaan Jabatan Pentadbiran MPK dan berpindah ke bangunan baru di Jalan Lembaga Bandaran, Off Jalan Tepi Sungai, Klang.
  • Pada tahun 2007, Bahagian Penguatkuasa telah dinaik taraf kepada JABATAN PENGUATKUASA.  Detik bersejarah ini menjadi satu detik yang sangat mencabar dan memerlukan kecekapan serta pengetahuan yang lebih meluas untuk memastikan Objektif serta Piagam Pelanggan Jabatan Penguatkuasa dapat dicapai sepenuhnya.

2.0  Objektif

Bertanggungjawab bagi segala urusan pengawalan serta Penguatkuasa undang-undang dijalankan selaras dengan peruntukan undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh Majlis dan Kerajaan.

3.0  Piagam Pelanggan

  • Menentukan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan Akta, Enakmen, Undang-Undang Kecil, Perintah yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Klang.
  • Memastikan setiap aduan yang diterima, siasatan dijalankan dalam tempoh 48 jam hari bekerja.
  • Menjalankan tindakan penguatkuasaan mengikut Prosedur ISO 9001:2008 yang ditetapkan oleh Majlis.
  • Mendidik dan meningkatkan tahap kefahaman penduduk melalui penguatkuasaan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
  • Memastikan kerjasama dan bantuan yang dipohon dari lain-lain jabatan/agensi dilaksanakan secara sistematik.
  • Memastikan proses perlaksanaan penguatkuasaan berdasarkan S.O.P Penguatkuasa Selangor.
Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm