MENU

Emel Jabatan: pelesenan@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Azhar Bin Samsudin
Emel Ketua Jabatan: azhar.samsudin@mpklang.gov.my

1.0   Pengenalan

Jabatan Pelesenan ditubuhkan secara rasminya pada 2 April 2007. Jabatan Pelesenan sebelum ini diletakkan di bawah Jabatan Kesihatan. Bagaimanapun perkembangan perbandaran yang semakin pesat menyebabkan keperluan pengurusan yang cekap diperlukan. Oleh itu Jabatan Pelesenan telah diwujudkan. Jabatan ini bertanggungjawab menguruskan segala urusan permohonan lesen dan permit seperti lesen perniagaan, lesen kilang, lesen iklan dan lain-lain lagi. Disamping itu Jabatan ini turut bertanggungjawab memproses permohonan memperbaharui lesen.

Terdapat 2 bahagian utama di Jabatan Pelesenan dan Penjaja iaitu :

  • Bahagian Pentadbiran dan Pelesenan.
  • Bahagian Kawalan Perniagaan dan Penguatkuasaan.

2.0  Objektif

  • Memastikan semua permohonan lesen, permit perniagaan, pasar malam dan rayuan yang diterima dengan lengkap dan mematuhi syarat, diproses dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Memastikan semua pembaharuan dan pembatalan lesen diproses dengan teratur dan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan kepada orang awam mengikut Prosedur Kualiti dan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Klang.
  • Memastikan semua kakitangan melaksanakan tanggungjawab mengikut Prosedur Kualiti yang ditetapkan.
  • Memberikan perkhidmatan kawalan perniagaan dan penguatkuasaan kepada penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Klang bagi meningkatkan kesejahteraan selaras dengan Akta dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai.

3.0  Fungsi

Terdapat 9 fungsi utama Jabatan Pelesenan dan Penjaja iaitu :-

  • Memproses permohonan baru lesen premis (perniagaan, perindustrian, gerai, penjaja, pasar malam, permit).
  • Memproses pembaharuan semua lesen/permit.
  • Memproses pembatalan lesen/permit.
  • Memproses pertukaran dan perubahan maklumat pelesenan.
  • Mengawal pengeluaran semua jenis lesen dan permit.
  • Menjalankan pemeriksaan pematuhan syarat.
  • Menemuduga penjaja dan pasar malam.
  • Mengendali pengurusan kompleks pasar.
  • Mengawal dan menjalankan penguatkuasaan ke atas premis perniagaan dan iklan.
  • Memproses aduan awam.
Kemaskini Terakhir: Isnin, 20 November 2017 - 2:24pm