MENU

Bahagian Pentadbiran Am

  • Menguruskan penerimaan, pengedaran dan penghantaran surat-surat dan dokumen rasmi Majlis.
  • Menguruskan logistik Majlis seperti tempahan dewan-dewan MPK, padang-padang, rumah rehat, bilik-bilik mesyuarat, makanan dan kenderaan Majlis.
  • Menguruskan pengiklanan-pengiklanan di akhbar-akhbar tempatan.
  • Mengurus dan menyimpan fail-fail am dan terperingkat Majlis.
  • Menyelaras dan memantau penerimaan dan pendaftaran surat serta dokumen.
  • Kawalan pendaftaran keluar masuk mel.
  • Memastikan keselamatan dan persekitaran dalam dan luar bangunan Majlis teratur dan terkawal.
  • Memastikan aduan berkenaan kerosakan kecil bangunan-bangunan pejabat di selaraskan penyelesaian dan pembaikan.
  • Menyelaras kertas kerja perolehan jabatan untuk sebutharga B, sebutharga dan tender.
  • Menyelaras pesanan tempatan dan bayaran am serta bajet jabatan.

Bahagian Aset Alih & Stor

  • Menguruskan aset alih, aset hidup dan stor kerajaan di bawah kawalan Majlis Perbandaran Klang yang meliputi perkara Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan,pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pelupusan, Kehilangan dan hapuskira
  • Menguruskan pelantikan Penyelaras Aset, Pegawai Pemeriksa Aset, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat.
  • Mengurus setia mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Majlis Perbandaran Klang
  • Menyelaras penyediaan Laporan Suku Tahun Aset Alih, Aset Hidup dan Stor kerajaan Jabatan/Bahagian
  • Menyelaras penyediaan Laporan Eksekutif Pengurusan Aset Kerajaan dan pelaporan tahunan aset alih, aset hidup dan stor kerajaan Jabatan/Bahagian
  • Menyelaras Arahan/Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Tatacara Pengurusan Aset Hidup Kerajaan, dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan dengan Penyelaras Aset dan Penyelaras Stor peringkat jabatan/bahagian dari masa ke semasa.
  • Memastikan pengurusan sebutharga untuk kerja-kerja pembekalan toner, alat tulis dan kertas dilaksanakan secara teratur.
  • Membekalkan bahan keperluan pejabat kepada Majlis dengan teratur.
  • Menguruskan stor alatulis Majlis.

Bahagian Latihan dan Pengurusan Rekod     

  • Menyediakan jadual perancangan, kursus dan latihan kepada kakitangan Majlis Perbandaran Klang mengikut peruntukan yang diluluskan.
  • Menguruskan urusan peperiksaan untuk pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.
  • Merancang dan melaksanakan program kualiti Majlis untuk peningkatan kualiti dan produktiviti Majlis Perbandaran Klang.
  • Menjadi urusetia latihan dalam kursus dalaman anjuran bersama majlis perbandaran Klang dan agensi luar.
  • Merekod kursus yang dihadiri oleh kakitangan ke dalam buku rekod perkhidmatan.
  • Menyediakan prosedur pengurusan dokumen yang seragam.
  • Menyelaras aktiviti pengurusan rekod.
  • Menyelaras aktiviti pelupusan rekod.

Unit Khidmat Sokongan

  • Menguruskan pelaporan rekod kehadiran kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
  • Menguruskan pemfailan jabatan
  • Menguruskan perjalanan pentadbiran jabatan meliputi perkara berkaitan cuti, tuntutan lebih masa dan disiplin kakitangan
  • Merekod dan fail surat menyurat dalaman
  • Mengurus setia Program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dan Program Rendah Karbon di jabatan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am