MENU

Emel Jabatan: pentadbiran@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Helmey Bin Mohamed Rashid
Emel Ketua Jabatan: helmey.rashid@mpklang.gov.my

1.0   Pengenalan

Jabatan Khidmat Pengurusan merupakan nadi kepada Majlis Perbandaran Klang yang memberi sokongan kepada jabatan-jabatan lain. Antara fungsinya ialah menguruskan sumber manusia, perjawatan, aset alih dan stor, latihan, pengurusan rekod dan keselamatan di Majlis Perbandaran Klang.
Terdapat 4 bahagian utama di Jabatan Khidmat Pengurusan iaitu:

  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  • Bahagian Pentadbiran Am
  • Bahagian Aset Alih Dan Stor
  • Bahagian Latihan Dan Pengurusan Rekod

2.0   Objektif Jabatan

Menguruskan hal ehwal pengurusan pentadbiran dan memberi perkhidmatan sokongan kepada Majlis serta melaksanakan dasar selaras dengan peraturan-peraturan yang di gunapakai oleh Majlis Perbandaran Klang

2.1 Objektif Bahagian

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Mengendalikan pengurusan sumber manusia dengan cekap dan berkesan.

Bahagian Pentadbiran Am
Mengendalikan hal ehwal logistik Majlis, penyelenggaraan rekod, keselamatan dan keceriaan dengan berkesan dan teratur.

Bahagian  Aset Alih Dan Stor
Memastikan pengurusan harta modal, aset alih bernilai rendah dan stok dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang telah ditetapkan

Bahagian Latihan & Pengurusan Rekod
Memastikan semua latihan/kursus berkaitan dapat disalurkan kepada semua kakitangan di Majlis Perbandaran Klang untuk menentukan Majlis mempunyai sumber tenaga yang berkualiti bagi menjalankan tugas-tugas yang lebih cekap dan berkesan dan menguruskan

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm