MENU

3.0  Fungsi Unit Di Jabatan Kewangan

Fungsi jabatan mengikut bahagian adalah seperti berikut :-

Unit Bayaran dan Bajet

  • Mengendalikan hal-hal penyemakan, penyediaan baucer bayaran dan cek-cek pelbagai tuntutan perbelanjaan.

  • Ditugaskan menyedia, mengawal dan menganalisa anggaran belanjawan tahunan Majlis.

Unit Akaun dan Gaji

  • Mengendalikan hal-hal penyediaan dan pembayaran gaji kakitangan Majlis.

  • Mengendalikan kesemua kerja perakaunan, menyimpan, mengawal dan menyemak segala kutipan dan pembayaran Majlis.

Unit Cukai Taksiran, Sewaan & Pelbagai

  • Dipertanggungjawabkan untuk memungut hasil cukai taksiran dan sewaanMajlis dengan mengeluarkan bil-bil, notis dan waran tahanan harta.

  • Unit ini juga menyediakan penyata bayaran cukai taksiran, sewaan dan pelbagai.

Unit Hasil

  • Bertugas memungut hasil Majlis dan bayaran bil setempat, pasar pagi dan malam, kupon letak kereta, kompaun dan bayaran lesen.

Unit Pembangunan Sistem

  • Bertanggungjawab dalam membangunkan modul-modul baru atau melakukan penambahbaikan ke atas modul-modul sedia ada. Unit ini terdiri dari pasukan Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang ditugaskan bagi memfokuskan pembangunan, penambahbaikandan penyelenggaraan sistem-sistem yang melibatkan kewangan. Unit akan membuat pembangunan berdasarkan keperluan dan ketersediaan (availability), mengikut jadual yang telah disusun. Peranan unit utama ini adalah merancang, menganalisis, membangun, menambahbaik, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi yang melibatkan kewangan Majlis.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am