MENU

Emel Jabatankewangan@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan : Encik Zahrin Bin Md Nasir
Emel Ketua Jabatan zahrin.nasir@mpklang.gov.my

1.0   Pengenalan

Jabatan Kewangan adalah jabatan yang bertanggungjawab bagi segala urusan kewangan Majlis. Ianya meliputi segala kutipan, perbelanjaan, pembayaran, belanjawan dan perakaunan.

Terdapat 2 bahagian utama di Jabatan Kewangan iaitu :

  • Bahagian Perbendaharaan
  • Bahagian Pengurusan Hasil

2.0   Objektif

Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan kepada semua warga kerja, jabatan-jabatan di dalam Majlis, pembayar cukai serta orang awam dengan cekap, amanah dan berkesan selaras dengan keperluan-keperluan Akta yang diterima pakai dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

3.0  Fungsi

Fungsi jabatan mengikut bahagian adalah seperti berikut :-

3.1 Bahagian Perbendaharaan

3.1.1 Unit Pentadbiran

  • Menguruskan hal-hal Pentadbiran Am Jabatan Kewangan termasuk hal-ehwal kakitangan dan bekalan peralatan pejabat.
  • Bertanggungjawab ke atas kawalan dokumen masuk dan keluar serta keselamatan pejabat.

3.1.2 Unit Pembayaran

  • Memastikan semua perolehan seperti Inden, LO, Kontrak dan Bayaran Am mematuhi prosedur kewangan dan Arahan Perbendaharaan.
  • Membuat kawalan pembayaran daripada penerimaan dokumen tuntutan di kaunter sehingga penyediaan cek.
  • Menyimpan rekod-rekod seperti dokumen-dokumen pembayaran, penyata-penyata sokongan, minit-minit kelulusan perolehan, rekod-rekod tanggungan, daftar kawalan kerja-kerja kontrak, daftar pesanan tempatan dan daftar bil-bil pelbagai.

3.1.3 Unit Bajet

  • Menyediakan, mengawal dan menguruskan Bajet Tahunan Majlis setiap tahun untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
  • Menyediakan Laporan Prestasi perbelanjaan sebenar dan hasil berbanding dengan anggaran setiap bulan.
  • Memastikan setiap perbelanjaan dibuat berdasarkan peruntukan yang diluluskan

3.1.4 Unit Akaun

  • Mengemaskini segala rekod-rekod perakaunan dan menyediakan Laporan Kedudukan Kewangan Bulanan, Sukuan dan Penyata Kewangan Tahunan.
  • Menyelenggara Daftar Aset Tetap, Buku Tunai, Timbang Duga, Lejar Kad dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya untuk rujukan pihak Audit.
  • Menguruskan Pelaburan Simpanan Tetap dari lebihan tunai dalam Akaun Semasa Majlis.
  • Berurusan dengan pihak Audit berkaitan Penyata Kewangan Tahunan dan Laporan Audit.

3.1.5 Unit Gaji

  • Memastikan gaji akan dibayar pada waktu yang ditetapkan iaitu pada 25 haribulan pada setiap bulan kecuali pada hari-hari perayaan tertentu.
  • Mengendalikan hal-hal penyediaan dan pembayaran gaji kakitangan Majlis termasuk pendapatan, potongan cukai pendapatan, pinjaman-pinjaman dan sebagainya serta menyimpan rekod-rekod tersebut untuk rujukan di masa akan datang
Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm