MENU

Emel Jabatan: kesihatan@mpklang.gov.my
Ketua Jabatan: Encik Azmi Bin Muji
Emel Ketua Jabatan: azmi.muji@mpklang.gov.my @ azmimujimpk1@gmail.com

1.0   Pengenalan

Jabatan Kesihatan, MPK telah ditubuhkan sejak tahun 1890. Jabatan ini telah wujud lebih satu abad dan merupakan di antara jabatan yang pertama ditubuhkan selain daripada Jabatan Pentadbiran, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Kewangan.

Pada permulaan pertubuhannya, Jabatan Kesihatan terdiri daripada Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Taman & Pengindahan Bandar, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Bahagian Perlesenan.

Dengan penambahan penduduk dan perluasan kawasan Majlis serta peningkatan beban tugas dan kehendak penduduk setempat yang tinggi, maka Majlis telah memutuskan untuk mengeluarkan  Bahagian Taman & Pengindahan Bandar, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Bahagian Perlesenan daripada Jabatan Kesihatan dengan mewujudkan jabatan-jabatan seperti berikut:

  • Bahagian Taman & Pengindahan Bandar dikenali sebagai Jabatan Taman & Rekreasi
  • Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dikenali sebagai Jabatan Kawalan Alam Sekitar
  • Bahagian Perlesenan dikenali sebagai Jabatan Perlesenan & Penjaja

Terdapat 6 bahagian utama di Jabatan Kesihatan iaitu:

  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Vektor & Penyakit Berjangkit
  • Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan
  • Bahagian Kawalan Binatang Liar & Kesihatan Awam
  • Bahagian Promosi & Pendidikan Kesihatan
  • Bahagian Klinik