MENU

3.0   Fungsi & Aktiviti Jabatan Kemasyarakatan

Bahagian Belia Dan Sukan

  • Menyelaras dan memantau program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MPK dan Rakan Muda.

  • Mewujudkan rangkaian 2 Hala Majlis dengan golongan belia melalui program dan agenda MPK, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

  • Menyelaras dan memantau 6 Teras Belia yang diwujudkan oleh Kerajaan negeri ialah Kepimpinan, Sukan, Kebudayaan, Usahawan, Pendidikan dan Kemasyarakatan.

  • Mewujudkan dan menguruskan system angkaian makumat data belia (PeBT) NGO dan lain-lain.

  • Menyediakan dan menguruskan paukan MPK dalam menghadapi kejohanan bear seperti Sukan Pihak Berkuasa Tempata (MALA), Sukan Badan Berkanun (SUKANUN), Sukan Kebanjikan antara Kerajaan (MAKSAK) dan Sukan Kerajaan Tempatan (SKT).

  • Menguruskan pasukan Selangor untuk menyertai kejohanan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Selangor (SUKSES).

  • Menganjurkan dan menyelaras acara-acara sukan tahunan rasmi anjuran Majlis seperti larian bandar, boling padang , ten pin boling dll.

  • Mengurus, menghantar dan memantau pasukan majlis ke kejohanan sukan jemputan anjuran agensi luar di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

  • Merancang, menyelaras dan menganjurkan program-programpembangunan sukan untuk golongan belia seperti sukan Bola sepak, Tenis, Sepak takraw, Badminto dari Hoki.

  • Mempromosikan gaya hidup sihat melalui penganjuran program untuk masyarakat seperti Senamrobik bersama MPK dan mewujudkan maklumat data kemudahan sukan yang terdapat di Klang.

  • Menguruskan dan meyelaraskan peralatan sukan bagi kejohanan-kejohanan sukan di peringkat MPK daerah, negeri dan kebangsaan.

  • Mengenalpasti dan menghantar kakitangan ke kursus/seminar berkaitan sukan.

Bahagian Pelancongan Dan Kebudayaan

  • Merancang dan menyelaras aktiviti kebudayaan merangkumi pertandingan dan persembahanperingkat Majlis Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

  • Merancang dan mengurus program pembangunan untuk belia dan remaja bagi meningkatkan dan memartabatkan kesenian kebudayaan pada geneasi baru.

  • Merancang menyelaras dan mengadakan program-program sambutan sempena bulan Kemerdekaan dan Perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dll).

  • Menyelaras dan menguruskan tempahan penggunaan system siaraya, kombo MPK dan Pasukan Koir.

  • Menguruskan dan menyelenggara peralatan muzik dan siaraya.

  • Merancang dan melaksanakan program pelancongan di kawasan pentadbiran MPK.

  • Menyertai program-program pelancongan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

  • Menyelaras acara-acara pelancongan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan Agensi pelancongan di bawah Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor.

  • Menyedia dan membangunkan pelancongan Klang berteras warisan dan Eko Tourism.

  • Menyelaras permohonan peruntukan projek dan program pelancongan di Peringkat Negeri dan Kem Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Bahagian Logistik

  • Membantu menyediakan logistic bagi program-program rasmi Kerajaan Negeri yang diadakan di daerah Klang secara dalaman majlis dengan baik dan lancar.

  • Menyelaras logistic bagi program rasmi Majlis, Daerah dan Negeri dengan efisyen seperti Hari Keputeraan DYMM, Menteri Besar turun padang dll.

  • Pemasangan khemah di acara-acara Majlis.

  • Pemasangan Bendera dan Bunting di kawasan Majlis sempena perayaan dan acara-acara Majlis.

  • Pengangkutan peralatan Majlis ke Acara-acara rasmi.

  • Penyusunan kerusi dan persiapan pentas dan lain lain yang diperlukan oleh Majlis Majlis Rasmi.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am