MENU

Ketua Jabatan: Puan Normah Binti Zainul Abideen @ Zainol
Emel Ketua Jabatan: normah.abideen@mpklang.gov.my

1.0   Pengenalan

Jabatan Kemasyarakatan sebelum ini dikenali dengan nama Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan diwujudkan pada bulan Oktober 2002 berdasarkan struktur organisasi baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).   Pada 1 Disember 2015 Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan telah diberi penstrukturan semula kepada dua (2) Jabatan yang baru iaitu Jabatan Kemasyarakatan dan Jabatan Komunikasi Korporat.  Penubuhan jabatan ini tepat pada masanya kerana kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan program Mesra Rakyat yang menekankan kepada layanan mesra oleh kakitangan kerajaan kepada orang awam dan konsep turun padang.

Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Jabatan Kemasyarakatan dibahagikan kepada 6 bahagian.

  • Bahagian Pentadbiran

  • Bahagian Belia dan Sukan

  • Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan

  • Bahagian Kualiti

  • Bahagian Logistik

  • Bahagian Komuniti Sosial / Pengurusan Ahli Majlis JKP
     

2.0   Objektif Jabatan Kemasyarakatan

  • Jabatan Kemasyarakatan berperanan mewujudkan hubungan yang baik antara Majlis dengan orang dalam dan luaran.

  • Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menyelaras acara-acara rasmi pada pelbagai peringkat samada daerah, negeri mahupun kebangsaan.
     

Bahagian / Unit Di Jabatan Kemasyarakatan

  • Bahagian Pentadbiran

  • Bahagian Belia dan Sukan

  • Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan

  • Bahagian Kualiti

  • Bahagian Logistik

  • Bahagian Komuniti Sosial / Pengurusan Ahli Majlis JKP
     

3.0   Fungsi & Aktiviti Jabatan Kemasyarakatan

Bahagian Belia Dan Sukan

  • Menyelaras dan memantau program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MPK dan Rakan Muda.

  • Mewujudkan rangkaian 2 Hala Majlis dengan golongan belia melalui program dan agenda MPK, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

  • Menyelaras dan memantau 6 Teras Belia yang diwujudkan oleh Kerajaan negeri ialah Kepimpinan, Sukan, Kebudayaan, Usahawan, Pendidikan dan Kemasyarakatan.

  • Mewujudkan dan menguruskan system angkaian makumat data belia (PeBT) NGO dan lain-lain.
     

Bahagian Pelancongan Dan Kebudayaan

  • Merancang dan menyelaras aktiviti kebudayaan merangkumi pertandingan dan persembahanperingkat Majlis Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

  • Merancang dan mengurus program pembangunan untuk belia dan remaja bagi meningkatkan dan memartabatkan kesenian kebudayaan pada geneasi baru.

  • Merancang menyelaras dan mengadakan program-program sambutan sempena bulan Kemerdekaan dan Perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dll).

  • Menyelaras dan menguruskan tempahan penggunaan system siaraya, kombo MPK dan Pasukan Koir.

  • Menguruskan dan menyelenggara peralatan muzik dan siaraya.

  • Merancang dan melaksanakan program pelancongan di kawasan pentadbiran MPK.

  • Menyertai program-program pelancongan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

  • Menyelaras acara-acara pelancongan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan Agensi pelancongan di bawah Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor.

  • Menyedia dan membangunkan pelancongan Klang berteras warisan dan Eko Tourism.

  • Menyelaras permohonan peruntukan projek dan program pelancongan di Peringkat Negeri dan Kem Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
     

Bahagian Logistik

  • Membantu menyediakan logistic bagi program-program rasmi Kerajaan Negeri yang diadakan di daerah Klang secara dalaman majlis dengan baik dan lancar.

  • Menyelaras logistic bagi program rasmi Majlis, Daerah dan Negeri dengan efisyen seperti Hari Keputeraan DYMM, Menteri Besar turun padang dll.

  • Pemasangan khemah di acara-acara Majlis.

  • Pemasangan Bendera dan Bunting di kawasan Majlis sempena perayaan dan acara-acara Majlis.

  • Pengangkutan peralatan Majlis ke Acara-acara rasmi.

  • Penyusunan kerusi dan persiapan pentas dan lain lain yang diperlukan oleh Majlis Majlis Rasmi.

  •  
  • Menyediakan dan menguruskan paukan MPK dalam menghadapi kejohanan bear seperti Sukan Pihak Berkuasa Tempata (MALA), Sukan Badan Berkanun (SUKANUN), Sukan Kebanjikan antara Kerajaan (MAKSAK) dan Sukan Kerajaan Tempatan (SKT).

  • Menguruskan pasukan Selangor untuk menyertai kejohanan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Selangor (SUKSES).

  • Menganjurkan dan menyelaras acara-acara sukan tahunan rasmi anjuran Majlis seperti larian bandar, boling padang , ten pin boling dll.

  • Mengurus, menghantar dan memantau pasukan majlis ke kejohanan sukan jemputan anjuran agensi luar di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

  • Merancang, menyelaras dan menganjurkan program-programpembangunan sukan untuk golongan belia seperti sukan Bola sepak, Tenis, Sepak takraw, Badminto dari Hoki.

  • Mempromosikan gaya hidup sihat melalui penganjuran program untuk masyarakat seperti Senamrobik bersama MPK dan mewujudkan maklumat data kemudahan sukan yang terdapat di Klang.

  • Menguruskan dan meyelaraskan peralatan sukan bagi kejohanan-kejohanan sukan di peringkat MPK daerah, negeri dan kebangsaan.

  • Mengenalpasti dan menghantar kakitangan ke kursus/seminar berkaitan sukan.


Bahagian Komuniti Sosial / Pengurusan Ahli Majlis Jkp

  • Menyelaras tuntutan Ahli Majlis.

  • Lawatan tapak bersama Ahli Majlis atas aduanyang dibawa oleh ahli Majlis.

Bahagian Kualiti Dan Bahagian Pentadbiran

  • Mengendalikan system Hrmis.

  • Mengendalikan system kedatangan kakitangan.

  • Memastikan kakitanganmematuhi semua peraturan Majlis.

  • Mengurus penerimaan, pengedaran dan penghantaran surat-surat dan dokumen rasmi Majlis.

  • Mengurus tempahan bilik mesyuarat dan kenderaan Majlis.

  • Mengurus fail-fail am Jabatan.

  • Menyelaras dan memantau penerimaan dan pendaftaran surat serta dokumen.

  • Kawalan pendaftaran keluar masuk surat.

  • Penyelenggaraan, pergerakan, penyimpanan dan pelupusan rekod.

  • Memastikan keselamatan dan persekitaran dalam dan luar pejabat teratur dan terkawal.

  • Menguruskan 5S, ISO dan Star Rating.

  • Menyelaras bantuan terhadap program Ahli Majlis mengikut dasar Majlis Perbandaran Klang.
  • Kursus-kursus untuk pelajar sekolah seperti Kursus Bimbingan Kecemerlangan SPM, Kursus Motivasi Kecemerlangan Pelajar UPSR, Program Kursus SPM/PMR dan lain-lain.

  • Majlis Makan Malam anjuran Majlis Perbandaran Klang.

  • Program-program keagamaan seperti Forum Perdana Ehwal Islam peringkat Daerah, Majlis Korban Aidiladha anjuran PEKERTI Majlis, Majlis Berbuka Puasa bersama MPK dan lain–lain.

  • Program-program social dan rekreasi seperti perkhemahan Remaja MPK, Konvoi Bermotosikal Rakan Muda Jelajah Selangor dan lain-lain.

  • Majlis perjumpaan Bersama Penduduk Daeah Klang / Program Inventori Daerah Klang.

  • Majlis Gotong-royong peringkat Daerah/Program Kempen Menanam Pokok Peringkat Negeri dan lain-lain.

  • Acara-acara perasmian peringkat Daerah seperti Perasmian Pusat Kitar Semula, Perasmian ICT, Perasmian Pusat Warga Emas dan lain-lain.

  • Program-program Mesra Rakyat anjuran Majlis seperti Mesra Aidilfitri Bersama MPK, Mesra Gong Xi Fa Cai Bersama MPK, Mesra Deepavali bersama MPK.
     

 

4.0   Piagam Pelanggan Jabatan Kemasyarakatan

  • Memastikan tidak kurang daripada 20 program-program dan aktiviti rasmi majlis dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur dalam masa setahun.

  • Mencetak dan mengedarkan kad jemputan bagi acara rasmi Majlis dalam masa 1 hari sebelum acara/program berlangsung.

  • Memastikan program bersama Jawatankuasa Persatuan Penduduk (JKP) diadakan pada setiap bulan.
     

5.0   Direktori Kakitangan
 

6.0   Carta Organisasi

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 24 November 2020 - 9:24pm