MENU

3. Kemudahan Awam

  • Menyediakan dan menyelenggara keperluan kemudahan yang berkaitan pengangkutan awam seperti pondok bas, hentian bas, laluan pejalan kaki, pagar keselamatandan sebagainya yang bercirikan bandar selamat dan mesra OKU.
  • Mengkaji keperluan tempat letak kenderaan ringan dan berat.
  • Memantau dan mengambil  tindakan terhadap aktiviti-aktiviti pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas rezab jalan atau lorong belakang.

4. Mengemaskini maklumat teknikal seperti mapping,  inventori, Sistem GIS, Map Info dan MARRIS online.
5. Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek..

E. Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal

1. Bengkel dan pengangkutan.

  • Menyelenggara dan membuat pemeriksaan semua jenis kenderaan Majlis meliputi kenderaan bermotor penumpang, jentera pembinaan, motosikal, kenderaan laut (bot)dan peralatan/ jentera secara berjadual.
  • Menyelenggara dan memastikan semua kenderaan / jentera / peralatan diselenggara / dibaiki dengan memuaskan, berfungsi dengan baik dan selamat digunakan
  • Mengurus dan  menyediakan kenderaan dengan pemandu bagi keperluan majlis atau jabatan-jabatan.
  • Perolehan kenderaan/jentera berat.
  • Pelupusan kenderaan/jentera sediada.

2. Pencahayaan dan kerja-kerja elektrikal

  • Menyelenggara, memeriksa dan membaiki kerosakan semua lampu jalan, lampu gelanggang, lampu hiasan dan lampu isyarat milik Majlis.
  • Memastikan tahap pencahayaan di kawasan awam dengan menepati standard dan keperluan terkini.
  • Menyediakan lampu-lampu hiasan yang dapat memberi tahap keceriaan yang menepati keperluan terkini.
  • Menyemak dan mengkaji kesesuai terhadap permohonan keperluan pencahayaan lampu jalan, lampu hiasan, lampu isyarat, lampu gelanggang dan lampu di kawasan lapang/taman.

3. Sistem hawa dingin dan lif

  • Menyelenggara dan membaiki sistem penghawa dingin dan lif di pejabat, Dewan/ Kompleks Sukan dan Kompleks Perniagaan.

4. Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek..

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am