MENU

B. Bahagian Jalan Dan Jambatan

  • Menyelenggara dan membaikpulih kerosakan jalan-jalan meliputi cerun/tebing di tepi jalan dan jambatan sediada milik Majlis, secara jabatan/dalaman (Road Gang) atau secara kontrak.
  • Menaiktaraf jalan sedia ada danmembina jalan barudi kawasan Majlis.
  • Menurap semula jalan-jalan sediada di bawah kawalan Majlis.
  • Memproses permohonan dan memantau kerja dari agensi luaran terhadap kerja-kerja pengorekan dan pemasangan paip, kabel dan lain-lain utiliti di atas jalan.
  • Mengawal, memantau dan mengambil penguatkuasaan tindakan ke atas pihak atau agensi / jabatan utiliti yang menjalankan kerja di jalan tanpa kelulusan Majlis . 
  • Memantau dan mengambil  tindakan terhadap aktiviti-aktiviti pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas rezab jalan atau lorong belakang.
  • Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek

         c. Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir

  • Menyelenggara dan membaikpulih kerosakan parit-parit konkrit, kolam takungan/ pam banjir dan komponen termasuk jeti-jeti sediada milik majlis.
  • Merancang, merekabentuk dan melaksana kerja-kerja berkaitan dengan sistem kawalan banjir, meliputi perparitan,  kolam takungan banjir dan sistem pam kawalan banjir di kawasan Majlis bagi mengurangkan atau mengatasi masalah banjir.
  • Memantau dan mengambil  tindakan terhadap aktiviti-aktiviti pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas rezab parit/longkang.
  • Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS/Projek.

D. Bahagian Lalu Lintas Dan Pengangkutan Awam

1. Papan tanda dan garisan jalan.

1.1 Menyelenggara dan memasang semua keperluan papan tanda seperti papan tanda nama jalan, tunjuk arah, nama taman tempat, dan tanda-tanda lalulintas, dan am.
1.2 Menyelenggara dan mengecat garisan-garisan jalan tanda-tanda lalulintas, keredaan lalulintas  dan tempat letak kenderaan secara jabatan  atau kontrak.
1.3  Mengkaji dan melaksana keperluan keredaan lalulintas kelancaran lalulintas,keselamatan dan papan tanda maklumat.
1.4 Memproses permohonan-permohonan  keredaan trafik (bonggol dan lain-lain).

2. Pengangkutan Awam

  • Mengkaji dan menyelaras keperluan kemudahan pengangkutan awam bersama agensi dan pihak pengendali pengangkutan awam seperti bas dan teksi/kereta sewa.   
  • Memastikan kelancaran sistem pengangkutan awam dengan memberikan perkhidmatan secara menyeluruh dan menyediakan  tempat-tempat perhentian  yang strategi dan tersusun untuk kemudahan awam.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:36am