MENU

Emel Jabatan: bangunan@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Ahmad Khairi Bin Md. Yusof
Emel Ketua Jabatan: ahmad.khairi@mpklang.gov.my

1.0   Latar Belakang

Jabatan Bangunan adalah di antara jabatan yang mempunyai fungsi tersendiri di Majlis, kerana berperanan mengawal segala pembinaan bangunan dari meluluskan pelan bangunan sehingga kepada pengeluaran Perakuan Kelayakan Menduduki atau proses pengeluaran ‘Certificate of Completion and Compliance' oleh pihak perunding projek. Selain dari itu, jabatan juga bertanggungjawab dalam mengawal pembinaan struktur tanpa izin, meluluskan permit Lesen Bangunan Sementara dan menyediakan pelan-pelan rekabentuk bangunan bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh Majlis.

Jabatan, secara tidak langsung, menjana pendapatan kepada Majlis dari hasil kutipan bayaran proses yang diterima.Hasil dari kutipan ini Majlis dapat memberikan sebahagian perkhidmatan perbandaran kepada warga Klang.

Jabatan Bangunan beroperasi dari pejabat Majlis di Jalan Raya Barat dengan kekuatan kakitangan teknikal dan sokongan seramai lebih dari 60 orang.

Visi jabatan

"Peneraju Penyampaian Perkhidmatan Berteknologi Untuk Kawalan Pembangunan Kearah Bandaraya Terbilang Menjelang 2015"
 

Misi Jabatan

  • "Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Kawalan Bangunan Kepada Pelanggan Secara Digital".
  • "Memperkasakan Kawalan Penguatkuasaan Pembangunan Menggunakan Sistem dan Peralatan Elektronik Berteraskan Kepada Perundangan".
  • "Membangunakan Sistem Teknologi Maklumat Dalam Semua Fungsi Jabatan Untuk Kepuasan Pelanggan".
  • "Membudayakan Cara Kerja Berteraskan Cara Kerja Berteknologi Tinggi Untuk Mencapai Sasaran Piagam Pelanggan Jabatan".

2.0   Objektif Jabatan

  • Memastikan semua jenis pembinaan bangunan baru atau ubahsuaian bangunan sediada dilaksanakan mengikut peruntukan akta, undang-undang dan polisi berkaitan.
  • Menjalankan penguatkuasaan terhadap bangunan baru dan ubahsuaian yang dibina tanpa sebarang kebenaran bertulis dari Majlis  seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
  • Mempertingkatkan kualiti kerja dengan penggunaan sistem teknologi maklumat terkini didalam pengurusan dan pemerosesan permohonan pelan serta pentabiran jabatan.
  • Menyampaikan perkhidmatan yang bermutu secara menyeluruh kepada pelanggan dengan penambahbaikan prosedur kerja yang berterusan.

3.0   Piagam Pelanggan

Memastikan semua pelanggan mendapat perkhidmatan yang lancar, cekap dan efisyen dan berkualiti dalam semua proses permohonan berkaitan:-

  • Keputusan permohonan pembangunan baru akan diputuskan dalam tempoh tiga puluh tujuh (37) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk projek yang mempunyai Kebenaran Merancang.
  • Keputusan permohonan pembangunan baru secara serentak diputuskan enam puluh tujuh (67) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Keputusan permohononan kerja-kerja pengubahsuaian dan tambahan diproses dan diputuskan dalam tempoh satu (1) hari bagi kediaman dan tujuh (7) hari bagi bukan kediaman.
  • Pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF), di keluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh borang E diterima.
  • Segala tindakan susulan bagi aduan yang diterima dari sistem I-Respons diberi maklumbalas kepada Jabatan Komunikasi dan Perhubungan Awam dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh aduan diterima.
  • Penguatkuasaan bangunan tanpa izin dijalankan mengikut peruntukan undang-undang secara pemantauan kawasan dan tindakan perundangan.
  • Menghasilkan rekabentuk senibina mengikut keperluan pengguna dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan, senibina terkini, keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) dan faktor persekitaran.
Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 4:21pm